“Tindakan Lim Guan Eng ini Ternyata Tidak Boleh Diterima Sama Sekali” – KJ ‘Hentam’ Lim Guan Eng !

Calon Presiden Umno Khairy Jamaluddin membidas tindakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang menggunakan bahasa Mandarin untuk kenyataan rasmi kerajaan.

Menurut bekas Ketua Pemuda Umno itu, tindakan Lim tidak boleh diterima sama sekali.

“Tindakan kementerian kewangan yang mengeluarkan kenyataan dalam bahasa Mandarin bukan hanya dilihat seperti memberi fokus hanya kepada pengguna bahasa tersebut tetapi juga cuba untuk mengubah norma bahasa yang diguna pakai kerajaan.

“Ini bukan hanya seolah-olah mencabar mereka yang mendukung bahasa rasmi Persekutuan tetapi juga merosakkan usaha menyatupadukan negara dengan satu bahasa bersama,” kata Khairy dalam satu kenyataan di Facebook.

Malah, kata Khairy, bahasa Malaysia atau bahasa Melayu dalam Perlembagaan telah ditetapkan sebagai bahasa kebangsaan antaranya untuk menyemai perpaduan negara melalui bahasa.

Jelasnya, beliau bukan berniat untuk menghalang penggunaan mana-mana bahasa lain di Malaysia kerana ia adalah hak peribadi namun kerajaan persekutuan perlu menjadi contoh dalam memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan negara.

“Jika kenyataan tersebut adalah untuk kegunaan pembaca antarabangsa sekalipun, kenapa tidak kenyataan itu dibuat dalam Bahasa Inggeris sepertimana yang dilakukan Kementerian Kewangan di awal pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan?

“Tanpa sebab munasabah dalam menggunakan bahasa Mandarin, kerisauan saya adalah tindakan ini akan terus meniup api kemarahan kepada segmen majoriti di Malaysia yang sudah sediSet featured imagea ada rasa tercabar sejak beberapa minggu ini,” kata Khairy.

Lim malam semalam, mempertahankan tindakannya mengeluarkan kenyataan tiga bahasa, termasuk bahasa Melayu, Inggeris dan Cina ketika beliau membincangkan isu Tun Razak Exchange pada hari Khamis lalu.

sumber :Malaysiakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*