Laporan Komen JELIK Terhadap TMJ !!

Polis siasat komen jelik terhadap TMJ

POLIS Johor mengesahkan menerima laporan berhubung komen jelik terhadap Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, sehingga jam 9 malam, pihaknya ada menerima laporan berhubung perkara itu.
Bagaimanapun, pihaknya tidak boleh mendedahkan berapa laporan yang diterima.

“Kami ada terima laporan (berhubung komen terhadap kenyataan TMJ) dan siasatan sedang dijalankan. Itu sahaja saya boleh maklumkan ketika ini. Berapa jumlah laporan saya tidak dapat kongsikan buat ketika ini.

“Polis akan siasat kes ini seperti biasa dan menyiapkan kertas siasatan sebelum dibawa ke pihak pendakwa raya,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.
Mohd Khalil berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai untuk menjaga tatasusila dan budi bahasa terutama ketika membuat komen dalam media sosial.

“Ini kerana komen dalam media sosial tertakluk pada Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) (1998).
“Kalau kita beri ulasan atau komen dengan menggunakan bahasa jelik, adalah pasti, ia melanggar undang-undang,” katanya

Sebelum Itu..

Padah buat kenyataan jelik di FB

Johor Bahru: Polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun di hadapan Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor, petang semalam, kerana disyaki membuat kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, melalui laman sosial Facebook (FB).

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, tangkapan itu dibuat susulan satu laporan polis berhubung penyalahgunaan laman media sosial yang diterima pihaknya pada 4.02 petang, 19 Januari lalu.

“Kita menerima satu laporan polis berhubung satu kenyataan jelik terhadap TMJ yang mana kenyataan jelik yang dikeluarkan itu boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan negara.

“Kita membuat tindakan susulan dengan segera terhadap laporan polis itu dan berjaya menahan seorang lelaki berusia 25 tahun dipercayai individu yang bertanggungjawab membuat kenyataan jelik berkenaan pada jam 3.30 petang di hadapan Balai Polis KLIA,” katanya.

Beliau berkata, hasil daripada tangkapan itu juga, pihaknya merampas telefon bimbit dan sekeping simkad yang dipercayai digunakan oleh suspek bagi membuat kenyataan jelik terbabit.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998

sumber Hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*