“Letak Jawatan Kalau Tidah Sehaluan” – Mazlee Malik Tawar Letak Jawatan Sukarela Kepada Naib Canselor, Timbalan Yang Berkomplot Bersama BN

KUALA LUMPUR – Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor universiti awam yang masih berkomplot dengan pemimpin BN disaran melepaskan jawatan secara sukarela.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, terdapat banyak laporan bahawa pentadbir universiti masih berkomunikasi dengan bekas menteri dan pemimpin BN lain.

“Saya pelik macam mana mereka (pemimpin BN) tahu adanya mesyuarat. Sudah tentunya mereka mendapat maklumat daripada Naib Canselor yang masih berkomunikasi dengan mereka

“Jadi ternyata, Naib Canselor ini adakah bekerja untuk Kementerian Pendidikan Malaysia ataupun bekerja dengan pembangkang? Jadi ini satu soalan yang besar.

“Saya tidak memberi amaran, cuma saya menawarkan kod supaya mereka meletak jawatan tanpa diambil tindakan jika mereka tidak boleh melaksanakan agenda reformasi, atau bersama kita memacu perubahan universiti awam untuk membawa agenda perubahan secara menyeluruh,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

“Jika mereka rasa tidak boleh melaksanakan agenda reformasi untuk bersama memacu perubahan universiti awam bagi membawa agenda perubahan secara menyeluruh, bolehlah letak jawatan,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Maszlee turut mempersoalkan kecenderungan pentadbir-pentadbir universiti awam ini sama ada berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan atau pembangkang.

“Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor ini bekerja untuk Kementerian Pendidikan atau bekerja untuk pembangkang? Jadi itu satu soalan yang besar.

“Kementerian Pendidikan kalau berjumpa dengan pentadbir universiti seingat saya kita membincangkan tentang hala tuju PH dan hala tuju kementerian. Tapi saya tidak pasti jumlah kelompok mereka ini, sama ada ramai atau tidak. Namun kita ada laporan yang lengkap,” tambahnya.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu bagaimanapun, memaklumkan masih ramai lagi Naib Canselor dan timbalan yang bersikap profesional.

“Ramai lagi Naib Canselor dan timbalan yang bersikap profesional. Malah ramai di antara mereka yang disambungkan perkhidmatan dan mereka tidak berpolitik.

“Cuma laporan sesetengah daripada mereka yang begitu aktif pada PRU lepas, berkempen untuk BN dan juga terlibat dengan usaha menyingkirkan atau mengenakan tindakan kakitangan universiti yang tidak sehaluan dengan mereka. Ini memang banyak laporan,” tegasnya.

Tambahnya, kebanyakan daripada kelompok pentadbir universiti yang cenderung menyokong BN ini tidak melepaskan jawatan sebaliknya menanti tempoh perkhidmatan mereka tamat.

Maszlee berkata, pihaknya tidak mahu golongan yang tidak dapat menyokong agenda reformasi universiti awam terus berada di institusi berkenaan. -(SUMBER : kampusUOLS)

Bagaimanapun, katanya ramai lagi Naib Canselor yang bersikap profesional malah, ada di antara mereka yang memang diteruskan kontrak selain tidak berpolitik.

Sumber: Kicappedas.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*