Majikan yang mendera dan mengakibatkan pekerja stress akan diambil tindakan!

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengenakan tindakan ke atas majikan yang memberikan tekanan kepada pekerjanya.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap perkara tersebut, selain menegaskan untuk menjalankan siasatan termasuk mengambil tindakan undang-undang ke atas majikan yang tidak menghargai pekerja mereka.

“Kita tidak akan bertolak ansur dalam isu membabitkan keselamatan dan kesihatan pekerja. Jika ada penamatan kerja disebabkan isu tersebut, perkara ini hendaklah dilaporkan kepada kementerian.

“Kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas majikan yang tidak tahu langsung untuk berterima kasih, apatah lagi mendera pekerja yang selama ini banyak berkhidmat dan memberikan sumbangan kepada majikan mereka,” katanya dalam sesi Pertanyaan Jawab-Lisan di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Abdullah Sani Abdullah Hamid (PKR-Kuala Langat).

Abdullah Sani dalam mengemukakan soalan tambahannya menyoal langkah kementerian dalam mengenakan tindakan terhadap majikan yang mendera pekerjanya.

“Apakah tindakan drastik kementerian untuk mengawal majikan yang mendera pekerja hingga mencetuskan tekanan yang menyebabkan masalah mental?” soal Abdullah Sani.

Dalam banyak hal, saya sering menasihatkan pekerja yang menghadapi masaalah di tempat kerja agar berjumpa dengan kaunselor di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau dulunya Jabatan Buruh bagi mendapatkan nasihat. Dalam entri sebelum ini, ada saya tunjukkan contoh bagaimana sulitnya sesuatu peruntukkan untuk di tafsirkan dan memberi nasihat melalui kotak komen di blog ini mungkin tidak memadai untuk anda semua.

Sebaiknya jika anda serius, rujuk kes anda seberapa segera dengan JTK.
Dapatkan nasihat dan pendapat mereka dan kemudian terpulang kepada anda untuk menentukan apa bentuk tindakan yang ingin anda lakukan.
Aduan Kepada Jabatan Tenaga Kerja
Cara-cara membuat aduan ada dinyatakan di laman web Jabatan Tenaga Kerja. Pilih mana yang sesuai dengan anda. Mungkin ada yang mahu sembunyi-sembunyi untuk mengelakkan perselisihan faham dengan majikan sementara menyiasat hak-hak danopsyen yang ada pada anda. Oleh itu, cari cara yang sesuai dan berbincang dengan mereka (JTK).

Sebagaimana yang dinyatakan dalam laman web JTK, jika aduan dibuat oleh pekerja terhadap majikannya, maka ianya HENDAKLAH  kerana majikan tidak mematuhi peruntukkan undang- undang buruh yang mengakibatkan pekerja kehilangan sesuatu faedah kewangan (monetary benefit) atau faedah bukan kewangan (non-monetary benefit).

sumber

Contoh ketidakpatuhan itu adalah seperti berikut :

Tidak dibayar gaji

Tiada cuti tahunan diberikan

Tidak melaporkan penggajian pekerja asing

Tiada kontrak perkhidmatan (bertulis)

Majikan lewat membayar gaji

Majikan tidak mematuhi Perintah Gaji Minimum 2012

Majikan tidak mematuhi Akta Umur Persaraan Minimum 2012
Dan sebagainya.

Prosedur Aduan

Pertamanya anda hendaklah membuat aduan dengan menyertakan maklumat anda dan bukti-bukti sebagai sokongan. Bukti-bukti ini termasuklah dokumen seperti IC, kontrak kerja bertulis (jika ada), slip gaji dan saksi.

Pihak JTK akan membuat siasatan dan memanggil majikan untuk memberi penjelasan.

Jika majikan enggan mengaku salah, maka kedua-dua pihak akan dipanggil dan kes akan di dengar di Mahkamah Buruh.

Mahkamah Buruh
Mahkamah Buruh bukanlah suatu mahkamah yang diwujudkan oleh Akta seperti Mahkamah Perusahaan. Ia lebih kepada suatu sessi mendengar kes yang dijalankan di bawah Seksyen 69B (rujuk di bawah) yang memberi kuasa kepada Pengarah JTK untuk menyiasat dan membuat keputusan.

Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Buruh ini boleh merayu di Mahkamah Tinggi dalam tempoh 14 hari selepas keputusan dibuat.

Kuasa Pengarah JTK

Secara amnya kuasa Pengarah JTK (Director General) termasuklah:-

menyiasat dan membuat keputusan mengenai pertikaian antara majikan dan pekerja

menyiasat akan komplain yang dibuat mengenai soal-soal pekerjaan seperti gaji tidak berbayar, faedah atas penamatan kontrak dan sebagainya

menyiasat lain-lain hal seperti pedaftaran majikan dan dokumen-dokumen berkaitan pekerjaan

memanggil mana-mana pihak yang boleh memberi keterangan bagi tujuan siasatan
dsb.

Sebaiknya mana-mana pertikaian wajar diselesaikan oleh majikan dan pekerja tanpa campurtangan pihak ketiga.

Namun, jika perbincangan mencapai jalan buntu, anda boleh sentiasa mendapatkan nasihat JTK bagi tindakan lanjut.

sumber 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*