Majlis Penasihat Bincang Mansuh GST, Subsidi Minyak Dan Hutang Negara

Majlis Penasihat Kerajaan yang baru ditubuhkan menegaskan bahawa mereka serius dalam melaksanakan tugas dan tidak membuang masa apabila mengadakan mesyuarat pertama sejurus pengumuman penubuhannya oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tidak wujud tempoh rehat atau kegembiraan berpanjangan selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-14 berikutan kerajaan berazam untuk memulihkan semula keyakinan rakyat dan pelabur susulan kemenangan yang tidak dijangka oleh Pakatan Harapan pada pilihan raya yang lepas.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang berlanjutan sehingga lewat malam, turut dihadiri oleh tiga anggota lain majlis itu iaitu bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican, dan Ahli Ekonomi Profesor Jomo Kwame Sundaram.

Tokoh perniagaan Robert Kuok tidak hadir kerana berada di luar negara.

Bercakap kepada Bernama selepas mesyuarat tersebut, Daim berkata majlis itu diberi taklimat dan membincangkan antara lainnya mengenai keadaan ekonomi semasa, hutang negara, ringgit, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta subsidi minyak.

“Ini antara perkara utama. Kami membuat cadangan kepada kerajaan, dan mereka akan membuat keputusan,” katanya.

Daim berkata majlis itu akan memanggil UKAS (Unit Kerjasama Awam Swasta di bawah Jabatan Perdana Menteri), kementerian yang berkaitan dan GLC untuk memberi penjelasan kepada mereka mengenai pelbagai projek mega, dan tadbir urus GLC termasuk Tabung Haji, MARA dan Felda.

“Bagi 1MDB akan terdapat pasukan petugas khas. Saya telah mengenal pasti mereka yang dapat membantu siasatan ke atas 1MDB. Ia akan berada di bawah bidang kuasa majlis yang akan mengemukakan laporan kepada kerajaan,” kata Daim.

Daim berkata satu lagi isu penting yang perlu ditangani dengan cepat ialah lebihan penawaran ruang pejabat dan perumahan.

“Satu lagi contoh ialah kos keselamatan bagi sekolah. Ia lebih berharga daripada aset yang mereka awasi,” katanya.

Sementara itu, Daim berkata mesyuarat itu akan diadakan setiap hari selama 100 hari, dan malah pada hari tertentu, ia akan diadakan beberapa kali sehari.

“Saya mahu perkara ini diselesaikan dalam masa 100 hari. Selepas itu, saya mahu berehat,” katanya sambil berseloroh. -Bernama

sumber : Malaysiakini

“Tak Guna Ada Kerajaan Baru Tapi…” Emma Fartima

PENERBIT dan pengarah Erma Fatima menyelar sikap segelintir masyarakat yang terlalu mengharapkan perubahan dilakukan kerajaan Pakatan Harapan (PH), namun mereka sendiri tidak mahu berusaha memperbaiki kehidupan.

Erma, 50, dalam satu posting di Instagram berkata, segala kemudahan yang diberikan tidak berguna jika masyarakat masih lagi mengekalkan mentaliti kelas ketiga.

“Tak guna kalau ada kerajaan yang boleh turunkan kos hidup, namun kau masih mengharapkan BR1M.

“Tak guna ada kerajaan yang boleh menghentikan rasuah, namun kau masih lagi dok hulur bawah meja nak dapat job, nak kelulusan segera dan sebagainya.

“Tak guna ada kerajaan yang boleh buat infrastruktur canggih dan hebat sedangkan kau masih lagi tak reti beratur naik tren, tak reti bagi signal ketika memandu dan masih langgar lampu merah tak kira siang atau malam,” ujarnya dalam sebuah perkongsian di Instagram pada Jumaat.

Menerusi perkongsian itu, rakyat tidak boleh hanya mengharapkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meningkatkan ekonomi negara semata-mata.

Kehidupan tidak boleh terus menjadi bahagia seperti diimpikan selepas bertukar kepada kerajaan baharu.

“Kau harapkan Tun yang dah tua tu untuk tolong kau, majukan negara, tingkatkan ekonomi supaya hidup kau lebih senang. Tapi kau setiap malam lepak mamak sampai lewat malam dok berborak kosong.

Menerusi perkongsian itu, rakyat tidak boleh hanya mengharapkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meningkatkan ekonomi negara semata-mata.

Kehidupan tidak boleh terus menjadi bahagia seperti diimpikan selepas bertukar kepada kerajaan baharu.

“Kau harapkan Tun yang dah tua tu untuk tolong kau, majukan negara, tingkatkan ekonomi supaya hidup kau lebih senang. Tapi kau setiap malam lepak mamak sampai lewat malam dok berborak kosong.

malangnya status Emma Fartima telah di padam.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*