Member dah semangat nak tengok ‘magic’ siap jerit “RING RING RING”. Kesudahan memang tidak mengecewakan.

Siapa pernah tengok atau dengar silap mata yang diberi nama Ring ring ring. Tak silap admin silap mata ni sangat popular di kalangan pelajar sekolah atau pelajar IPTA terutama yang tinggal di asrama atau rumah sewa.

Biasalah bila dah tinggal ramai-ramai tu pasti ada sorang yang jenis kepala giler-giler. Mesti ada sahaja lawak yang keluar dari mulutnya, kalau tak buat lawak mesti kerja duk ‘bahan’ member saje.

Seingat min sendiri pun, pernah terkena dengan silap mata jenis ini. Cuma bezanya masa kejadian tu kami di pejabat, bukan di sekolah atau hostel. Kawan min datang kat meja dan bagitau nak buat magic, dia siap datang bertiga lagi dengan officemate lain.

Dalam hati memang boleh agak ni mesti bukan nak buat magic sangat pun, mesti ada something ni nak kenakan min. Takpelah min pun tak kisah dan layankan aje.

Kemudian member tu dia bagi sehelai kertas yang sudah dilipat tebal, katanya nak buat magic. ” Ko pegang kertas ni kuat-kuat, lepas tu ko cakap ring ring ring kat kertas ni” kata member min tu.

Min pun okay lah, layankan jer. ” Ring ring ring..ring ring” kuat lagi lah gertak member min tu. Mengada-ngadalah pula magic ko ni, dalam hati min. Kena plak member lain yang turut serta tadi pun cakap, alah ko ikut jela sambil sengeh-sengeh.

” Ring ring ring..ring ring ring!” jerit min kat kertas tu seperti yang member tadi suruh. “Okay sikit lagi, sikit lagi, dia nak mai dah..nak mai dahh” balas member min tu. Dalam hati min apebenda la nih kan macam mengarut pun ada.

Sekali lepas cakap ring kuat-kuat tadi, member min ambil kertas yang min pegang tadi. Terus dia letak kat telinga dan cakap ” Hello hello, ya saya!”

” Vaviii” terpacul keluar dari mulut min. Seiring dengan gelak ketawa member-member min. Siot terkena aku, dalam hati min. Nak pecah pejabat punyalah kuat dorang duk gelakkan min.

Patut lah datang ramai-ramai, rupanya masing-masing sudah terkena dan nak lihat min pulak yang kena hahaha damn..

Sementara kalau anda mahu tengok contoh lain magic ring ring ring, jom lihat video di bawah. Jangan lupa nanti praktikkan. Buat kat kawan-kawan korang plak yer haha.

Sumber: newscoviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*