Mertua Dedahkan Perangai Sebenar Isteri Dato’ Aliff Syukri

Mesti tengah berbunga-bunga kan hati Dato’ Aliff sekarang ni? Baru-baru ni, isterinya Datin Seri Nur Shahida baru saja selamat lahirkan baby lelaki. Kedua-duanya sihat dan kini sedang dijaga rapi oleh doktor dan jururawat serta ibu Dato’ Aliff, Bonda Rozita Ibrahim yang excited dengan kelahiran cucu baru ni.

Hubungan baik Bonda Rozita dengan menantunya, Shahida ni buat ramai netizen tersentuh. Melalui perkongsian Rozita di Instagram, dia menceritakan kisah bagaimana anaknya boleh berkahwin dengan wanita sebaik Shahida.

Ini apa yang dikongsikannya:

“Bagaimana Ida boleh menjadi menantu saya? Saya uji dia semasa dia menjadi staf saya lagi.

“Masa interview, staf HR bagitahu dia ni adalah model syampu yang terkenal (saya tak kenal artis sangat). Saya agak terkejut kerana seorang model yang income banyak boleh bekerja sebagai CS?”

Bonda Rozita beritahu yang dia memang tak suka orang dalam dunia glamour jadi ahli keluarganya. Tapi dia tak cepat menghukum. Tiap-tiap hari dia perhatikan Datin Shahida yang cantik dan mempunyai akhlak yang baik ni.

“Dia tak sombong dan tak kekok mengangkat kotak dan menyapu sampah walaupun dia seorang model yang terkenal. Ini sangat mengejutkan saya.

“Saya risik dan intai setiap kali waktu solat. Dia akan berhenti untuk solat dan sewaktu berenang di kolam renang, dia tetap menjaga auratnya.

“Masa baru kerja, setiap hari peminat-peminat lelakinya hantar bunga, kasi jam mahal. Ida bukan murah dan senang nak dapatkannya. Bila Kri (Aliff Syukri) mengorat dia pun tak nak. Wow hebat budak ni,” cerita Bonda Rozita lagi.

Melihatkan Dato’ Aliff mula jatuh hati dengan Shahida, Bonda Rozita akhirnya memutuskan supaya mereka ni cepat-cepat kahwin untuk elak fitnah. Kata Bonda Rozita, Dato’ Aliff pun banyak peminat jugak rupanya. Bini orang dan makcik-makcik semua suka dia! Wuuu kemain hot stuff Dato’ Aliff ni dulu.

Tapi apa yang paling menyentuh hati Bonda Rozita ialah kerelaan Shahida untuk jaga arwah ayahnya yang sakit pada awal perkahwinan pasangan tu tanpa mengeluh.

“Satu paling saya tak lupa… pada awal perkahwinannya dia menjaga arwah ayah saya sakit sama-sama dengan saya. Dia sayang anak-anak saya yang masih kecil-kecil dan begitu bersemangat tak mengeluh walaupun baru berkahwin.”

Luahan hati Bonda Rozita ni mendapat komen netizen yang rata-rata memuji sikap ibu jutawan kosmetik ni kerana menjadi mertua yang baik dan bertuah kerana memiliki menantu yang juga sama baik.

Seronok tengok hubungan Bonda Rozita, Dato’ Alif dengan Datin Shahida ni kan? Sama-sama saling menghormati satu sama lain. Elok sangat dijadikan contoh buat semua mertua dan anak-anak di luar sana. Admin doakan semoga keluarga ni sentiasa bahagia selalu.

Bestnya dapat mertua macam Bonda Rozita!

Sumber: Instagram shahidadherbs/bondarozitaibrahim Via Lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*