Najib simpati dengan nasib umat Islam dan sindir pemerintahan kerajaan baru. Jadi ini la sebabnya…

SHAH ALAM- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terharu dengan rakyat beragama Islam berpendapatan rendah di negara ini yang memerlukan bantuan bagi memenuhi tuntutan agama menunaikan haji, kini tidak lagi menerima bantuan dari kerajaan.

Jelas Najib, ini berdasarkan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menyatakan kerajaan tidak lagi akan menghantar jemaah menunaikan haji dengan menggunakan ‘wang yang dicuri’.

“Tun Mahathir silap untuk mendakwa wang digunakan 1MDB bagi membiayai ribuan jemaah haji, adalah hasil curi.

“Tun Mahathir kerap membuat dakwaan duit dicuri dari 1MDB. Bagaimana agaknya, 1MDB mencuri wang 1MDB sendiri untuk membolehkan syarikat ini membiayai jemaah haji?,” soal Najib.

Kenyataan Najib itu merujuk kepada sindiran Mahathir yang dipetik berkata, ramai orang tidak dapat melaksanakan haji kali ini kerana kerajaan tidak akan membayar haji mereka dengan wang yang dicuri.

Mahathir berkata demikian sebagai menyindir program amal Yayasan 1MDB yang menaja perjalanan haji percuma.

Mengulas lanjut, perkara ini Najib menjelaskan, jemaah haji dibiayai 1MDB tidak perlu bimbang kerana dana digunakan membantu mereka menunaikan Rukun Islam ke-5 ini adalah dari sumber halal kerana beliau akan menanggung dosa besar jika ia adalah sebaliknya.

sumber : Sinar Harian

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*