Nak pergi cucuk duit dekat mesin ATM, tapi bila sampai dekat sana penuh dengan pendatang asing…Tindakan ‘brader’ ni memang terbaik

KUALA LUMPUR: Statistik Jabatan Imigresen Malaysia setakat 30 Jun lalu menunjukkan seramai 1,781,598 pekerja asing sah berada di negara ini.

Kementerian Dalam Negeri dalam jawapan bertulis hari ini berkata, Indonesia mencatatkan pekerja asing tertinggi iaitu 728,870 orang disusuli Nepal (405,898), Bangladesh (221,089), Myanmar (127,705), India (114,455), Pakistan (59,281) dan Vietnam (29,039).

video penuh dibawah

“Terdapat juga pekerja berasal dari China (15,399), Thailand (12,603), Sri Lanka (5,964), Kemboja (5,103) dan Laos (39),” katanya.

Kenyataan bertulis itu bagi menjawab soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) berhubung senarai pecahan pekerja asing mengikut negara asal mereka.

Kenyataan itu juga menyentuh program penggajian dan penempatan semula (rehiring) yang dilaksanakan secara atas talian melalui portal www.rehiring.imi@gov.my. bermula 15 Februari 2016 sehingga 31 Disember tahun ini.

Katanya, ia membabitkan pendatang tanpa izin (PATI) dari 15 negara sumber sedia ada.

“Program ini bertujuan memberi peluang kepada PATI yang bekerja secara haram di Malaysia diberikan permit kerja yang sah bagi memenuhi sektor pekerja yang dibenarkan.

“Ia juga salah satu inisiatif bagi membolehkan kerajaan mengetahui jumlah PATI dalam negara bagi tujuan pemantauan dan memenuhi keperluan senario keselamatan semasa serta memenuhi permintaan majikan untuk mengisi keperluan pekerja di sektor pekerjaan yang dibenarkan sahaja,” katanya.

sumber : BHOnline

Bangla penuh

Terbaik brader

Posted by Waira Shawl on Wednesday, July 11, 2018

sumber : Facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*