“Nak Tunjuk Body Ke Nak Tunjuk Pewangi Ketiak” Giliran Eyka Farhana Pula Dikecam Netizen Kerana Memuat naik Gambar Yang…

Siapa tidak kenal dengan pelakon cantik Eyka Farhana? Remaja berusia 23 tahun dan memiliki iras wajah seperti Fazura.

Baru-baru ini tular mengenai gambar dirinya memakai singlet putih mempromosikan sebuah produk deodorant di dalam Instagramnya.

Memiliki lebih 900ribu pengikut beliau, rata-rata tidak bersetuju dengan cara Eyka mempromosikan produk kerana di anggap keterlaluan sehingga memperlihatkan bentuk tubuh badan.

Menerusi gambar yang dimuat naik, dapat dilihat Eyka hanya ingin mempromosikan produk penjagaan bawah lengan. Tetapi, terdapat segelintir netizen yang memberi komen berunsur negatif.


sumber : Istagram Eyka Farhana via Kisah dunia

“Bila Artis Bercakap, Semua Salah”- Respon Elfira Loy Selepas Dikecam Netizen Tentang Isu Ubat Tinggi

Walaupun sudah diberi penjelasan saintifik oleh pakar dalam bidang perubatan, Elfira Loy menerusi satu temu bual nampaknya terus mempertahankan pendapatnya mengenai ubat tinggi yang dipromosikan oleh Neelofa baru-baru ini.

Menerusi temu bual itu, Elfira seperti bengang dengan teguran seorang doktor (yang dipercayai Dr Beni Rusani) di laman Twitter yang mendakwa dirinya hanya backup kawan sehingga digelar bodoh oleh netizen.

Manakala melalui tweet terbaru, Dr Beni dengan rasa rendah diri memohon maaf pula kepada Elfira andai beliau terkasar bahasa ketika ‘mensekolahkan’ beliau mengenai fakta sebenar tentang ubat tinggi yang dipertahankannya itu.

Tweet terbabit turut mendapat perhatian Dr Amalina Bakri, dengan menegaskan tindakan rakannya itu hanya untuk mendidik orang ramai. Soalnya lagi, apalah gunanya doktor jika orang ramai tidak mendengar pendapat mereka.

Kenyataan Dr Beni dan Dr Amalina juga turut disokong oleh netizen yang rata-rata menyelar sikap Elfira yang meninggi diri serta terus memanjangkan isu terbabit. Makin pelik zaman sekarang ni, beri tahu fakta yang betul pun masih kena dipersalahkan!.

sumber : Rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*