“Orang dah tak hiraukan saya, Tapi Tun M..” Saiful Apek terharu

PELAWAK Saiful Apek pada minggu lalu meluahkan rasa kecewa apabila tidak dipedulikan oleh industri dan rakan-rakan artis.

Pemilik nama sebenar, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 48, ini menulis luahan itu selepas komen dan ucapan ulang tahun ke 93 kepada Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad pada 10 Julai lalu mendapat reaksi balas iaitu tanda suka negarawan itu.

“Penghargaan dan bangga! Walaupun semakin ramai industri dan rakan-rakan artis yang sudah tak peduli tapi Tun M masih perasan saya. Syukur Alhamdulillah,” tulisnya.

sumber foto  mstar online.

Bagaimanapun, status tersebut mendapat perhatian beberapa rakan artis yang menganggap dia masih lagi menjadi idola dan rujukan dalam industri hiburan tanah air.

Status Saiful Apek pada awal minggu lalu.

sumber foto  mstar online

Antaranya penyanyi Ameng, Bell Ngasri, Pekin dan Shiha Zikir yang berkata, Saiful berada di tahap tersendiri khususnya dalam perkembangan bidang komedi negara.

Mereka turut memberi kata-kata semangat agar pelawak itu tidak berkecil hati dan terus memberi karya terbaik.

Sementara itu, Saiful mengucapkan terima kasih rakan-rakan artis yang memberi sokongan kepadanya.

Rakan-rakan artis beri kata-kata sokongan kepada Saiful Apek.

Katanya, dia tetap bersyukur dan terharu dengan doa daripada rakan-rakan artis berkenaan.

“Setiap kali bila ditimpa musibah dan ujian, takde siapa yang bagi ‘dana’, lebih-lebih lagi dalam bentuk wang, biasanya dia orang (minoriti) bagi ‘dono’ je.

“Namun saya tetap sabar, syukur dan istiqomah sebab saya kaya dengan ‘dana doa’. Selain dari penyokong-penyokong, inilah petikan kata-kata dan doa dari famili ‘Insan Seni’ yang banyak memberi saya kekayaan dunia dan akhirat,” ujarnya. – Mstar online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*