Pakcik diterajang Lan Pet Pet hanya didenda sebanyak ini, akan teruskan niatnya untuk saman

SEREMBAN – Pengawal keselamatan Acacia Park Desa Jati, Yahya Manap, 68, tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah mengenakan denda sebanyak RM2,000 keatas pelawak terkenal Lan Pet Pet kerana memukulnya pada 6 April lalu.

Warga emas itu berkata, dia terkejut apabila mendapat tahu denda yang dikenakan keatas Lan Pet Pet atau nama sebenar, Mazlan Ahmad, 49, itu kerana kecederaan yang dialaminya dalam kejadian tersebut agak teruk.

“Denda cuma RM2,000. Pakcik yang kena bedal ini apa cerita. Pinggang masih sakit sampai sekarang akibat ditendang. Maruah pakcik yang tercemar apabila dia cakap persatuan penduduk ambil pengawal bodoh bagaimana pula?

“Pakcik kena bedal sampai diberi cuti sakit (MC) selama tiga hari kemudian terpaksa sambung cuti lima hari lagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

Yahya berkata, dia dan keluarganya dalam proses melantik peguam bagi mengemukakan saman malu keatas Lan Pet Pet dan jika diikutkan hatinya mahu menyaman pelakon tersebut sebanyak RM3 juta.

Bagaimanapun, katanya, dia menyerahkan urusan saman itu kepada peguam yang telah dipilih oleh menantunya. – sumber Kosmo online

“Lan baik-baik saja” Che Ta hentam netizen

Minggu lalu, kecoh di media sosial mengenai seorang pelawak terkenal membelasah seorang pengawal keselamatan warga emas. Berikutan isu tersebut, Lan Pet Pet menerima kecaman hebat oleh netizen.

Diminta untuk mengulas mengenai kontroversi terpalit adik iparnya itu, Rozita Che Wan berkata ia merupakan fitnah besar yang ditimbulkan oleh pihak tertentu. Che Ta juga menyifatkan media sosial ibarat dajal kecil menyebar fitnah.

“Sebenarnya insiden itu bukan perkara besar. Cuma sebab video itu menjadi viral. Lan pun elok sahaja buat persembahan dekat Johor sekarang. Instagram, Facebook seperti itu sebenarnya dajjal kecil.

“Perkara seperti ini kalau kita tidak tahu hujung pangkal kedua-dua belah pihak, ia akan jatuh fitnah,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, tular di media sosal rakaman CCTV seorang pelawak terkenal yang dikatakan membelasah dan menendang seorang pengawal keselamatan. Dalam kejadian tersebut, pengawal keselamatan berusia 68 tahun itu cedera selepas ditumbuk tiga kali pada bahagian muka serta turut ditendang oleh pelawak lelaki berkenaan.

sumber : Mstar Online

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*