Panas! “Dia k*ngkek tapi takut, jadi dia kata tak tahu” Remaja biadab semakin berani menghina agama..

Cara pendidikan yang salah ini akan mengakibatkan anak lebih suka memperturutkan hawa nafsu, sibuk dalam urusan-urusan dunia, lalai akan tujuan hidup. Ini menyebabkan anak-anak lalai akan tujuan hidupnya. Fikiran mereka menjadi lemah untuk memikirkan hala tuju hidup mereka, bahkan hampir tidak ada.

Kejadian ini juga mengakibatkan anak-anak menanamkan semangat belajar demi masa depan yang mewah bukannya kerana Allah S.W.T. . Kebanyakan anak-anak akan berpendapat belajar ilmu adalah untuk mendapat gaji yang lumayan, rumah dan kereta yang mewah.
Sebaliknya, hendaklah menanamkan pada diri anak-anak supaya mengejar kejayaan di dunia dan di akhirat semata-mata kerana Allah S.W.T. . Dan haruslah diingatkan pada anak-anak bahawa semua amalan dan pekerjaan untuk keselamatan di akhirat. Seterusnya, mengamalkan beribadat seperti menganggap kita akan mati pada esok hari.

Tindakan remaja yang semakin berani mempersendakan Islam

Hal ini terjadi apabila didikan orang tua yang menjadikan keperluan hidup sebagai tujuan akhir yang lebih menjanjikan. Akhirnya, anak-anak selalu menyibukkan diri dengan urusan-urusan dan

kepentingan-kepentingan duniawi, hingga tidak ada lagi beza orang muslim atau kafir.

Mengucap dua kalimah Syahadah selepas teruk menghina agama

AKTA 559
AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN III – KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA

Seksyen 7. Menghina, atau menyebabkan dipandang hina, dll. agama Islam.

Mana-mana orang yang secara lisan atau secara bertulis atau dengan gambaran yang tampak atau dengan apa-apa cara lain-

(a) menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina;

(b) mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam; atau

(c) mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan yang berhubungan dengan agama Islam.

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Permohonan Maaf Mereka

sumber : Twitter

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*