Panas! Dua Pelajar (IPTA) Mengaku Khalwat Tujuh Lelaki

KUALA TERENGGANU – Dua pelajar perempuan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), di sini, antara sembilan individu dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kuala Terengganu kerana berkhalwat.

Kedua-duanya yang berusia 21 dan 22 tahun bersama tujuh lagi rakan lelaki berusia antara 19 hingga 23 tahun itu bagaimanapun mengaku salah atas pertuduhan mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah ( Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Sebelum itu, mereka didakwa berkhalwat di dalam sebuah rumah di Kampung Padang Nenas, kira-kira jam 2.15 petang, 16 November 2017.
Susulan pengakuan salah itu, Hakim Syarie mengenakan dua hukuman berbeza yang mana denda RM2,500 kepada pelajar perempuan berusia 21 tahun manakala seorang lagi berusia 22 tahun bersama tujuh lelakiĀ  yang lain dikenakan denda RM1,500.

Bagaimanapun, kesemuanya diarahkan dipenjara tiga minggu sekiranya gagal menjelaskan denda.

Berdasarkan fakta kes, semasa tiba di lokasi serbuan, didapati pintu utama rumah tertutup rapat serta berkunci dari dalam.

Pintu dibuka seorang lelaki selepas diketuk dan diberi salam beberapa kali sebelum pemeriksaan lanjut di dalam rumah menemukan dua lagi lelaki berada di ruang tamu satu, manakala di ruang tamu dua terdapat tiga lagi lelaki.

Pemeriksaan seterusnya di dalam bilik pertama menemukan seorang lelaki yang hanya memakai seluar track panjang bersama seorang perempuan (21 tahun) yang sedang berada di atas katil.

Pemeriksaan ke atas bilik kedua menemukan seorang perempuan (22 tahun) berseorangan.

Hasil soal siasat, kedua-dua pelajar perempuan itu memberi alasan datang ke rumah yang disewa rakan lelaki mereka untuk membuat tugasan sahaja.

Sumber: Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie Nurul Hajja Mustafa, Sinar harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*