PANAS! Penyanyi Ara Johari Di Gelar Anjing, Bodoh…Setelah Termuat Naik Gambar Yang Tak Sepatutnya

PENYANYI Ara Johari mengakui berasa tertekan apabila menerima kecaman netizen gara-gara kesilapannya memuat naik rakaman filem Avengers: Infinity War di InstaStory di Instagram miliknya.

Ara atau Nurfarrah Izzatie Johari, 21, berkata, sukar baginya menerima teguran segelintir netizen yang menggunakan perkataan kesat terhadapnya hanya kerana kesilapan dilakukan.

“Memang tertekan juga sebab pertama kali kena kecam teruk macam ni. Saya tak dapat nak terima apabila ada menggunakan kata-kata kesat.

“Saya tak kisah kalau hendak tegur atau nasihat tetapi panggil saya anjing dan bodoh sehingga melibatkan karier seni saya itu keterlaluan.

sumber foto mstar online

Sedutan babak filem Avengers yang dimuat naik Ara.

“Tegurlah cara baik dan guna perkataan yang lebih sesuai,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Sabtu.

Ara diminta mengulas mengenai tindakannya memuat naik rakaman beberapa saat babak dalam filem tersebut di laman sosialnya pada Jumaat lalu.

Akibat rakaman tersebut, Ara menerima kecaman netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakannya yang seolah-olah membocorkan jalan cerita filem itu.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Bunga itu mengakui kesilapannya dan memohon maaf.

sumber foto mstar online

Ara akan lebih berhati-hati memuat naik sesuatu di laman sosial.

Dalam pada itu, Ara bekata, dia akan lebih berhati-hati dalam meuat naik sesuatu perkara di laman sosial agar kejadian sama tidak berulang lagi.

“Saya akui tindakan itu salah dan saya minta maaf kepada semua pihak terlibat. Saya tak sangka perkara ini boleh jadi isu besar.

“Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati nak muat naik sesuatu di media sosial,” ujar Ara.

Sebelum ini, pihak Golden Screen Cinemas (GSC) pernah meluahkan kekecewaan terhadap golongan yang suka merakam dalam panggung wayang dan memuat naik di laman sosial.

sumber foto mstar online

Antara luahan pihak GSC berhubung rakaman dalam panggung wayang.

Sikap tidak bertanggungjawab itu dakwa GSC boleh menyebabkan penerbit filem terutamanya dari peringkat antarabangsa tidak lagi mempercayai pihak mereka.

Bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Ara berkata, dia masih dalam rangka promosi lagu Bunga selain sedang dalam proses rakaman single ketiganya yang akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.

“Sekarang masih dalam rangka promosi Bunga tetapi dalam pada masa sama saya juga sedang dalam proses siapkan lirik single ketiga yang dijangka dilancarkan sekitar Oktober depan,” katanya.

sumber : Mstar Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*