Panas [Video & Gambar]!! Mariah Carey Didakwa Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Bekas Pengurus Kerana Sering Berbogel Ketika Bersama

Penyanyi terkenal dunia, Mariah Carey berdepan hukuman berat selepas didakwa melakukan gangguan seksual terhadap bekas pengurusnya iaitu, Stella Stolper.
Menurut laporan E! Online, penyanyi itu dikatakan sering telanjang di depan pengurusnya beberapa kali ketika berada bersama.

Stella mendakwa Mariah jarang mengenakan sebarang pakaian ketika bersamanya dan sering melakukan aksi mengairahkan ketika berada di hadapannya.
Mariah juga turut dikatakan melanggar Undang-Undang Hak Sipil AS, UU Tenaga Kerja dan pelanggaran kontrak, selepas memecat Stella walaupun masih mempunyai kontrak berbaki tiga tahun lagi. Namun, pihak mewakili Mariah menafikan khabar berikut kerana menggangap dakwaan yang dilakukan oleh Stella adalah tidak masuk akal.

“Mariah tidak pernah melakukan perkara-perkara tersebut seperti yang didakwa oleh Stella.

“Ini kerana Mariah selalu memakai pakaiannya dan tidak pernah telanjang di hadapan Stella.

“Mereka sebelum ini adalah teman rapat dan tidak sangka hubungan mereka boleh berakhir dengan cara begini. Ia amat menyedihkan,” kata wakil Mariah.

Sumber: E! Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*