Papagomo cerita apa yang berlaku di dalam lokap ketika ditahan

PETALING JAYA: Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang lebih dikenali sebagai “Papagomo” telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata Muhammad Azri dibebaskan pada Isnin (3 Dis).

“Dia dibebaskan selepas permohonan tahanan reman kali kedua kami ditolak,” kata Comm Mazlan ketika dihubungi.

Muhammad Azri, seorang blogger terkenal, ditahan pada hari Khamis (29 Nov) untuk membantu siasatan video yang disiarkannya yang dianggap menghasut, didakwa menyebarkan kebencian kaum dan menyentuh sensitiviti agama.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor menambah bahawa pada jam 8 pagi Isnin, 68 orang telah ditahan berhubung dengan rusuhan baru-baru ini mengenai isu kuil Seafield Sri Maha Mariamman di USJ 25.

PAPAGOMO TIDAK DIBERIKAN LAYANAN ISTIMEWA

Menerusi Facebook rasmi Papagomo, Sir Azri. Beliau menekankan bahawa tiada layanan istimewa diberikan dan dia dilayan seperti tahanan yang lain. Selepas beliau dibebaskan beliau memuatnaik 1 status di Facebook menunjukkan tanda syukur.

Sebak juga tadi waktu menunggu dalam lokap mahkamah sama ada reman tambahan 3 hari diterima atau ditolak oleh Tuan Majistereet.

Sebak sebab teringat anak-anak perempuan Aku. 😭

Allhamdullilah malam ini dapat bersama anak-anak. Syukur teramat sangat kerana doa semua dimakbulkan.

Papagomo juga memuat naik 1 kenyataan berkenaan perhimpunan aman yang akan diadakan pada masa terdekat ini.

Tidak ada layanan istimewa yang pihak Polis berikan pada Aku selama mana Aku ditahan. Layanan sama seperti orang kena tangkap (OKT) yang lain, cuma ramai dari mereka menyokong agenda penyatuan Ummah yang kita bawa saat ini dan mahu anak bangsa bangkit berjuang..

Kepada anggota pegawai Polis dan Tentera Aku mohon semua yang tidak bertugas buka uniform dan turun bersama-sama kita pada 8/12 nanti. Jadilah sebahagian dari sejarah yang akan dikenang sampai bila-bila

Sumber:KLViral

Video dibawah diambil dari Facebook Rasmi Papagomo ketika beliau ditahan reman.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*