PAS rasa ‘mustahil’ HARAPAN boleh hapus cukai, GST

PAS mengakui pelaksanaan cukai adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk menguruskan negara.

Satu daripada cukai yang penting kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan ialah cukai barangan dan pekhidmatan (GST).

Namun katanya pelaksanaan GST perlu diselaraskan supaya tidak membebankan golongan berpendapatan rendah.

“GST satu benda penting kepada kerajaan tetapi pelaksanaannya perlu diseraskan supaya beban kepada golongan berpendapatan rendah dapat diatasi,” katanya kepada media selepas majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan PAS Tumpat di Pantai Seri Tujuh, Tumpat, Kelatan, hari ini.

Mesyuarat tersebut dirasmikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Turut hadir Yang Dipertua PAS Tumpat merangkap Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Terdahulu, dalam manifestonya Pakatan Harapan (HARAPAN) antara lain berjanji menghapuskan GST sekiranya mereka menawan Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

GST sebanyak 6 peratus mula dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015 menggantikan cukai perkhidmatan (pada kadar 6 peratus) dan cukai jualan (10 peratus).

Kerajaan mempertahankan pelaksanaan GST, malah ada pemimpin Umno menegaskan ia boleh menurunkan harga banyak barang keperluan.

Cuma ubah perkataan

Bagaimanapun bagi rakyat kebanyakan, tekanan untuk memenuhi keperluan harian semakin terasa akibat kenaikan kos sara hidup.

Pengkritik mendakwa peningkatan harga barang serta kos sara hidup banyak dipengaruhi oleh GST.

Kata Takiyuddin GST tidak boleh dihapuskan terus sebaliknya ada cara lain yang boleh dilaksanakan supaya tidak membebankan rakyat.

“Walaupun ada cukai tapi (sepatutnya) tidak membebankan rakyat.

“PAS akan beri cadangan dan penyelesaian mengenai cukai yang membebankan rakyat,” katanya.

Takiyuddin juga menganggap tiada yang baru pada manifesto HARAPAN kerana apa yang ditawarkan adalah idea kitar semula bagi menghadapi PRU.

Manifesto itu dilancarkan bersama oleh gabungan empat parti pembangkang berkenaan pada Khamis lalu.

Takiyuddin yang juga anggota parlimen Kota Bharu berkata manifesto HARAPAN juga dilihat mustahil untuk dilaksanakan.

“Bagi PAS ia sama dengan Pakatan Rakyat dulu, cuma diubah dari segi perkataan sahaja,” katanya.

Selain itu HARAPAN juga berjanji untuk mengurangkan kuasa perdana menteri melalui beberapa mekanisme bagi membolehkan amalan semak dan imbang dilaksanakan.

Dokumen yang dilancarkan di Shah Alam itu turut mengehadkan seseorang perdana menteri untuk berkhidmat selama dua penggal saja, selain menyekat pemegang jawatan terbabit memegang sebarang portfolio lain.

HARAPAN turut berikrar mengurangkan peruntukan Jabatan Perdana Menteri daripada RM17 bilion setahun kepada RM8 bilion, selain mengurangkan jumlah menteri di jabatan itu daripada 10 orang kepada tiga orang.

sumber : Malaysiakini

Mahathir sahkan GST dimansuhkan

GST sah mansuh

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan seperti mana dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan.

Menurutnya, beliau telah mengeluarkan arahan supaya kerajaan tidak lagi mengutip GST.

“Kita akan bayar balik kepada mereka yang membuat tuntutan.

Kerajaan sebelum dah pungut lebih daripada yang dibayar dalam cukai GST,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, beberapa undang-undang distruktur semula termasuk Akta Anti Berita Tidak Benar 2018, akta berkaitan kebebasan media dan berucap, akta berkaitan keselamatan kebangsaan dan beberapa akta lain.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*