PDRM dan Jabatan Imigresen dirombak? Tan Sri Muhyidin Yasin terangkan sebabnya…

Tan Sri Muhyidin Yassin berkata, rombakan perlu dibuat kepada agensi polis dan jabatan imigresin kerana didapati terlalu berserabut. Keadaan aduan mengenai rasuah juga didapati tinggi di kedua dua jabatan itu.

Rombakan ini akan dibuat selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri Tun M.

Sedikit biodata Tan Sri Muhyiddin.

Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dilahirkan pada 15 Mei 1947 di Muar. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail di Muar. Kemudiannya beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971).
Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (1970) dan kemudiannya Penolong Pegawai Daerah Muar (1974). Pengalaman sebagai penjawat awam digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk berkecimpung dalam dunia korporat. Antara tahun 1974 hingga tahun 1978, Y.B. Tan Sri Dato’ telah memegang beberapa jawatan penting di SGS Ates Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Perjawatan, Pengarah Urusan Sri Saujana Berhad serta Pengarah Syarikat Equity Mal Sdn Bhd. Y.B. Tan Sri Dato’ kini mengetuai UMNO Bahagian Pagoh iaitu jawatan yang beliau pegang sejak April 1985 lagi. Sebelum itu beliau telah dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pagoh pada tahun 1976. Dari situ karier politiknya terus berkembang apabila beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia (1982). Pada tahun 1985, buat pertama kalinya, Y.B. Tan Sri Dato’ Muhyiddin dipilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

sumber

Struktur Organisasi yang ‘berserabut’

MUAR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan dirombak dan disusun semula berikutan keadaan dua agensi penting itu yang disifatkan sebagai ‘berserabut’.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata dua agensi berkenaan turut mempunyai jumlah aduan paling tinggi di bawah kementeriannya sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan.

Katanya, rombakan itu penting bagi memastikan dua agensi berkenaan dan beberapa agensi lain melaksanakan dasar serta undang-undang negara dengan telus dan tanpa kompromi.

“Keputusan rombakan mana-mana jawatan pegawai tinggi agensi Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan dimuktamadkan selepas saya mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam waktu terdekat ini.

“Langkah penyusunan semula pegawai tertinggi di PDRM mungkin membabitkan beberapa agensi lain di bawah KDN dan sudah tentu membabitkan kepemimpinan sedia ada.

“KDN mendapat banyak aduan berhubung isu pendatang asing tanpa izin (PATI) dan apabila saya meneliti semula masalah berkenaan, kita temui struktur messy (berserabut) membabitkan peranan PDRM dan Jabatan Imigresen.

“Pelbagai pihak terbabit termasuk sindiket yang bawa PATI melalui saluran tak betul. Ada penipuan, ada skandal rasuah, semua ini menyebabkan isu pengambilan PATI tidak dapat diselesaikan sejak zaman berzaman.

“Disebabkan ia berserabut, kita harus membersihkannya dan akan mengambil sedikit masa,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini, hari ini.

Yang turut hadir, isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun yang juga Ketua Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga Ketua Armada PPBM.

sumber : Berita Harian

PRM tahan reman dua inspektor polis kes minta wang

Dua Inspektor polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman ditahan reman tiga hari bagi siasatan kes meminta rasuah untuk menyelesaikan kes dalam siasatan polis.

Majistret Siti Nabilah Abdul Rashid mengeluarkan perintah tahanan reman mulai hari ini hingga 8 Feb selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret di Putrajaya.

Menurut sumber SPRM, kedua-dua pegawai polis berkenaan yang berusia 31 dan 33 tahun itu ditahan di Petaling Jaya semalam (Isnin) dan ketika ditahan SPRM turut menyita wang tunai RM15,000 daripada mereka.

Mereka disiasat berkaitan kes pegawai polis meminta rasuah berjumlah RM40,000 daripada seorang individu sebagai ganjaran supaya individu itu tidak ditangkap berkenaan kes pelaburan yang dalam siasatan, katanya. -Bernama

Bekas OCPD Didakwa Terima Rasuah Untuk Kahwinkan Anak

IPOH: Wang tunai berjumlah kira-kira RM1 juta ditemukan di dalam kotak logam milik bekas anggota polis kanan di Taiping.

Selain wang, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia turut merampas pelbagai barangan kemas dari rumah bekas ketua polis daerah yang berusia 59 tahun itu.

Serbuan itu dibuat selepas pegawai itu yang berpangkat Asisten Komisioner ditangkap pada petang Khamis kerana disyaki terlibat dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Turut ditahan adalah isterinya yang berusia 54 tahun dan seorang wanita berusia 34 tahun.

Ketiga-tiga mereka ditahan selepas memberi kenyataan kepada SPRM.

Menurut sumber, suspek dikatakan menerima sebanyak RM70,000 daripada seorang ahli perniagaan wanita untuk melangsungkan majlis perkahwinan anak perempuan pegawai polis itu.

Difahamkan, wang itu didepositkan sebanyak RM20,000 dan RM50,000 kepada akaun bank ahli keluarga pada Februari lalu.

Ketiga-tiga suspek direman selama lima hari bermula Jumaat.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani berkata, suspek akan disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Pada 29 Ogos lalu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerima surat terbuka yang mendakwa bekas ketua polis daerah itu menerima rasuah daripada sindiket perjudian haram.

Siasatan dilakukan oleh SPRM sejurus tuduhan itu dibuat.

Bulan lalu, pegawai terbabit dipindahkan ke kontinjen polis Perak, namun ia tidak berkaitan dengan kes tersebut.

sumber : MStar Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*