Pencuri telur bakal berhadapan penjara 10 tahun, hasil siasatan mendapati sebelum ini beliau pernah mencuri sesuatu

sumber foto: Sinar Harian Online

KUALA TERENGGANU – Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas dakwaan mencuri 30 biji telur ayam.

Eddy Ezry Nordin, 32, dari Kampung Rhu Muda, Marang, didakwa mencuri 30 biji telur ayam gred A dan beberapa barang lain bernilai keseluruhan RM128.39, jam 1.50 petang, di sebuah pasar raya di sini, pada 26 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda di hadapan Majistret Noradila Abd Latiff.

Sejurus pengakuan tidak bersalah direkodkan, Noradila menetapkan 13 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Selain itu, Noradila turut membenarkan dia diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.

Sebelum ini, Sinar Harian ada melaporkan cubaan seorang penjawat awam mencuri pelbagai jenis barang termasuk sepapan telur gagal apabila dicekup di sebuah pasar raya, di sini.

Sebelum itu..

KUALA TERENGGANU – Cubaan seorang penjawat awam mencuri pelbagai jenis barang termasuk sepapan telur gagal apabila dicekup di sebuah pasar raya, di sini, Rabu lalu.

Suspek, 32, dari Kampung Rhu Muda, Marang, ditahan selepas gerak gerinya yang mencurigakan dikesan pengawal keselamatan bertugas, kira-kira jam 1.50 petang sebelum diserahkan kepada polis.

Menurut sumber, semasa ditahan, terdapat sembilan jenis pelbagai barang termasuk sepapan telur gred A sebanyak 30 biji sedang dipegang suspek.

“Suspek berjaya menyelinap keluar kesemua barang bernilai keseluruhan RM128.39 ditahan di hadapan pasaraya selepas diekori pengawal keselamatan yang memerhatikan gerak gerinya sejak dari awal lagi.

“Hasil siasatan mendapati suspek merupakan individu yang dikehendaki pasar raya sebelum ini kerana disyaki mencuri televisyen,” katanya ketika dihubungi.

Sumber berkata, setelah disoal siasat, suspek mengaku sebelum ini pernah mencuri lima unit televisyen di pasaraya itu yang melibatkan nilai keseluruhan RM1,033.

Sementara itu, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff membenarkan suspek direman selama empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan.

sumber : Sinar Harian

Ini pula video rakaman kamera litar tertutup, aktiviti mencuri tong gas di Besut

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*