Pengasas Wasap Kata ‘Sudah Tiba Masanya Padam Pesbuk’? Apa Yang Terjadi? Rupanya..

“SUDAH tiba masanya untuk memadam Facebook,” kata salah seorang pengasas WhatsApp.

Amaran itu dibuat oleh Brian Acton ketika skandal berhubung ancaman penggunaan data di Facebook untuk menjatuhkan syarikat itu semakin meningkat.

“Sudah tiba masanya #deletefacebook,” tulisnya di Twitter.

Setakat ini posting itu telah dikongsi lebih dari 10,000 kali dan merupakan satu daripada hanya dua posting yang ditulis olehnya sejak 2016.

Acton bagaimanapun tidak memperjelaskan alasannya atau membuat sebarang tweet susulan, tetapi ia dibuat ketika Facebook berdepan isu perlanggaran data orang ramai sejak beberapa hari lalu.

Selepas laporan mendedahkan bahawa firma data, Cambridge Analytica telah menggunakan Facebook untuk mengumpul data orang ramai dan cuba memanipulasikan data tersebut

untuk tujuan pengundian, perhatian beralih kepada cara yang digunakan oleh rangkaian sosial itu sehingga membolehkan pengumpulan maklumat peribadi orang ramai dibuat.

Skandal Cambridge Analytica bagaimanapun hanyalah permulaan masalah yang rangkaian sosial itu ada berhubung penggunaan data, pakar-pakar mencadangkan.

Acton, 46, meninggalkan WhatsApp pada 2017, tiga tahun selepas Facebook membeli perniagaan itu dengan harga AS$11.4 bilion.

Tidak jelas sama ada Acton mencadangkan untuk orang ramai berhenti menggunakan aplikasinya sendiri, yang mana ia kini lebih terintegrasi dengan Facebook. Kedua-dua syarikat itu telah dikritik kerana berkongsi data antara WhatsApp dan Facebook.

Oleh kerana Acton telah meninggalkan WhatsApp, dia telah terlibat dengan Signal, satu aplikasi sembang yang bersaing dengan memastikan keselamatan data orang ramai. -mirrorUK – Mstar

Artikel Lain..

Selepas Kumpul Semua Gadis Dalam Satu Kumpulan WhatsApp, Ini Yang Lelaki Ini Dapat!

SEORANG lelaki yang bosan dan mahu mencari wanita untuk menghiburkan hatinya memutuskan untuk membuka satu kumpulan sembang di WhatsApp dengan memasukkan kesemua 52 gadis yang terdapat dalam buku telefonnya.

Dom Flanagan dalam proses menghantar mesej kepada beberapa gadis sebelum dia menyedari kumpulan sembang mungkin akan lebih cepat dan berkesan.

Dia kemudian membuka satu kumpulan sembang ‘Doms angels’ dengan menulis: “Hia semua, adakah kamu dalam keadaan baik? Dom di sini, saya tak mungkin dapat menghantar mesej individu kepada kamu semua, kamu buat apa malam ini?.”

Bercakap kepada Unilad Flanagan berkata: “Saya sedang dalam proses menghantar mesej kepada kira-kira lima gadis bertanya kepada mereka apa yang mereka buat malam itu dan terfikir bukankah lebih mudah jika saya melakukannya sekali gus.

“Jadi saya memasukkan setiap seorang gadis, termasuk bekas teman wanita, dalam kumpulan sembang. Tiada seorang pun yang berminat untuk bertindak balas dan saya dipanggil ‘babi menjijikkan’ oleh seorang perempuan,” katanya.

Flanagan mungkin tidak berjaya dengan usahanya dengan gadis-gadis tersebut meninggalkan kumpulan yang dibukanya, tetapi dia mendapat perhatian dalam talian.

Pada masa artikel ini ditulis, tweetnya telah menerima lebih dari 6,000 tanda suka dan 1,600 ‘retweet’.

Difahamkan, gadis-gadis itu sendiri langsung tidak kagum dengan caranya.

Mesej pertama kepada gadis-gadis itu dihantar sekitar pukul 9.20 malam Sabtu, yang mana salah seorang daripadanya memberi harapan bahawa dia mungkin akan berjumpa dengan Flanagan selepas keluar minum bersama kawannya yang lain.

Ditanya sama ada dia akan mencuba tindakan itu sekali lagi, dia berkata: “Tidak, saya tak akan buat perkara yang sama sekali lagi. Saya yakin kebanyakan gadis dalam kumpulan sembang itu mempunyai teman lelaki jadi saya tak mahu mencuba nasib saya.” – Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*