Penyokong mcgregor tak puas hati atas kekalahannya, habis semua orang dia nak tinju

Pertarungan Mix Martial Art, Ultimate Fighting Championship (UFC) yang mempertemukan jaguh Rusia, Khabib Nurmagomedov dan wakil Ireland, Conor McGregor baru sahaja berlangsung sebentar tadi dengan submision daripada McGregor menyaksikan Khabib diangkat sebagai juara.

Bagaimanapun, yang menjadi riuh di media sosial ketika ini bukanlah mengenai kemenangan Khabib, sebaliknya cerita luar gelanggang sebaik sahaja pertempuran tamat, dimana Khabib yang dilihat hilang sabar bertindak melompat keluar dari pagar pentas dan meluru ke arah penonton serta menyerang seorang lelaki.

Siapakah lelaki berkenaan dan apakah punca yang menyebabkan Khabib begitu marah, hingga bertindak di luar batas. Satu tindakan uyang boleh meletakkan kemenangannya dalam posisi yang bahaya?

Apa pun yang berlaku. Khabib tetap seorang juara, McGregor langsung tidak berdaya dalam perlawanan tadi. Tahniha Khabib.

Namun Kisah ini tidak berakhir disini apabila penyokong kedua2 belah pihak juga bertelagah di luar gelangang. Mereka saling kecam mengecam antara satu sama lain

Sumber: Celotehsaje

Lihat Bagaimana Khabib Berlatih Bersama Beruang Ketika Berusia 9 Tahun

Perlawanan Ultimate Fighting Championship (UFC) epik antara Conor McGregor dan Khabib Nurmagomedov berkesudahan dengan Khabib mengalahkan Conor.

Dengan keputusan 27 perlawanan tanpa kalah, boleh dikatakan Khabib adalah fighter UFC paling hebat pada ketika ini. Siapa sahaja yang berada di depannya, beliau akan tumpaskan.

Bapa kepada Khabib sudah melatih Khabib sejak dari kecil lagi untuk menjadi seorang fighter yang tidak takut dengan apa yang ada di depan matanya. Termasuklah pada beruang! Video ini dirakam 21 tahun yang lalu ketika sesi latihan Khabib dengan seekor beruang. Beliau baharu berusia 9 tahun pada ketika ini.

Bapa kepada Khabib, Abdulmanap menerangkan itu cara unik beliau untuk melihat keupayaan sebenar anaknya serta setiap pemuda di bawah jagaannya. “Di tempat kami, tiada apa yang menarik untuk beliau ketika muda. Jadi, ini adalah cara yang terbaik untuk membina keyakinan selain sebagai salah satu latihan,” kata Abdulmanap.

Abdulmanap bukan sahaja sudah melatih Khabib, tetapi beberapa lagi fighter UFC seperti Islam Makhachev dan Abubakar Nurmagomedov. Khabib sudah bertarung dengan beruang, jadi beliau perlu berdepan dengan seorang yang lebih hebat daripada seekor beruang. Terus terbang tinggi, The Eagle!

Sumber: TheVocket 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*