Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang Menjawab Soalan Adakah PAS Bergabung Dengan UMNO

Menteri jangka RUU355 akan muncul semula di parlimen

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong menjangkakan usul Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menggesa Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (RUU355) akan dibawa semula.

Namun, katanya, Dewan Rakyat tidak akan membahaskan perkara itu dalam sesi persidangan kali ini.

“Ia (RUU355) akan dibawa semula. Ada banyak kementerian yang mahu mahu membawa rang undang-undang untuk meluluskan, memansuhkan atau memperkenalkan undang-undang baru.

“Kita masih mengumpulkan maklumat daripada mereka,” katanya di lobi parlimen hari ini.

Liew menambah, jumlah kesemua rang undang-undang yang akan dibentangkan dalam sesi persidangan parlimen kali ini hanya akan disahkan esok.

Bagi sesi kali ini, kata Liew, beliau maklum hanya ada dua rang undang-undang untuk didebatkan – satu untuk menghapuskan GST dan satu lagi untuk memperkenalkan SST.

Rang undang-undang berkenaan mungkin hanya akan dibentangkan selepas perbahasan ke atas usul ucapan terima kasih Yang Di-Pertuan Agong, yang akan disampaikan esok.

Pentadbiran kerajaan ketika di bawah BN sebelum ini, dalam tiga persidangan, telah membenarkan Abdul Hadi untuk membentangkan usul bagi memohon kebenaran parlimen untuk membentangkan rang undang-undang peribadi untuk meluluskan RUU355.

Hanya pada kali ketiga iaitu pada April tahun lalu speaker ketika itu Tan Sri Pandikar Amin Mulia memperuntukkan masa bagi usul berkenaan untuk dibawa sekali lagi agar dibahaskan pada sesi berikutnya. Bagaimanapun sehingga kini usul itu belum dibahaskan.

saksikan video penuh dibawah ^^

ADAKAH PAS AKAN BERGABUNG DENGAN UMNO?

Persoalan berkaitan kerjasama Umno-PAS terus timbul, terutamanya selepas mereka sehati sejiwa keluar Dewan Rakyat semalam kerana tidak puas hati dalam isu pelantikan speaker.

Ditanya sekali lagi soalan itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus memberikan jawapan lazimnya.

“Kita kerjasama dengan semua dalam perkara yang membawa kebaikan kepada rakyat,” katanya kepada media di lobi parliman selepas perasmian serentak Persidangan Penggal Pertama Parlimen ke-14 oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Hadi bagaimanapun menegaskan kerjasama dimaksudkannya tidaklah sampai ke tahap bergabung dengan Umno.

“Kita tak akan bergabung dengan Umno,” katanya.

Hadi diminta mengulas “kemesraan” kedua-dua parti, terbaru susulan langkah protes terhadap pelantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yunos sebagai speaker.

Semalam hampir semua wakil BN dan PAS – kecuali Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Seri Anifah Aman – keluar dewan.

SUMBER : Malaysia KINI via Kuala Lumpur Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*