[PRU 14] Calon Pakatan Harapan Lupa Bawak IC

KUALA LUMPUR: Calon PKR Wangsa Maju, Datin Paduka Tan Yee Kew tidak dibenarkan memasuki pusat pencalonan di SMK Wangsa Melawati, gara-gara terlupa membawa MyKadnya bersama. Pegawai SPR menafikan kemasukannya ke pusat pencalonan kerana dia tidak dapat menghasilkan MyKad.

Tan kelihatan sedang menunggu di bangku kerusi di luar pusat pencalonan sementara pembantunya pergi mendapatkan MyKad tersebut yang dipercayai ditinggalkan di dalam mesin fotokopi di rumahnya di Subang Jaya.

Menurut pegawai SPR, Tan dibenarkan masuk ke pusat tetapi dia perlu mengemukakan MyKad untuk memproses pendaftaran sebagai calon sebelum 10 pagi.
Beliau bagaimanapun sempat mengisi borang dan mendaftar selepas pembantunya tiba bersama MyKad Tan, lapat minit sebelum sebelum waktu penyerahan borang ditutup, jam 10 pagi.

sumber : Astro Awani

1 Comment

  1. lUPA i/C IS NOT AN EXCUSE. lUCKILY YOUR RUMAH REACHABLE WITHIN THE TIME FRAME. OTHERWISE PUTIH MATA KAU.
    THOSE WHO WERE DISQUALIFY FOR “LUPA” OR ADDRESS TIDAK TUKAR ” NO EXCUSE.
    THIS IS NOT TIME TIME TO “PLAY2.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*