Ramai yang tidak tahu, siri animasi Gundam berasal dari Indonesia, ini bukti penemuan di sana

Jika di Amerika, mereka ada Transformers. Di Jepun mereka ada siri animasi Gundam, yang begitu popular bagi penggemar siri animasi jepun. Walaubagaimanapun, siri animasi itu bukanlah benar berasal dari negara matahari terbit itu. Ini kerana beberapa hari yang lalu seorang warga Indonesia telah membuktikan kewujudan asal usul figura mekanikal itu berasal dari negara Indonesia.

Siapa ingat lagi siri anime Gundam yang terkenal dikaca televisyen menyaksikan kehebatan robot gergasi atau ‘Gundam’ ini yang mula disiarkan pada tahun 1979.

Dicipta oleh pengarah animasi terkenal, Tomino Yoshiyuki, siri ini telah menerajui anime ‘Real Robot’ dengan elemen lebih realistik.

Terbaru, gambar patung batu Gundam yang dijumpai di Indonesia menjadi bualan komuniti alam maya.  Rata-rata mereka mendakwa bahawa patung tersebut berasal dari era kerajaan Majapahit lagi.

Gambar itu diambil di sebuah daerah Jawa Tengah, Indonesia dengan keadaan badannya yang sudah berlumut seperti sudah lama terpahat di situ.

Walau bagaimanapun, ada juga yang berpendapat bahawa tidak mustahil rupa bentuknya sedemikian jika ditubuhkan pada tahun ia diperkenalkan di negara itu, iaitu pada tahun 2007.

Dengan penemuan ini, sepertinya Sejarah akan sedikit berubah..😇Harusnya saat penjajahan dulu diaktifkan….Ada yang,tau siapa pemahatnya?😂#exiarepair #gundamexia #mobilesuitgundam00

Posted by Terust on Saturday, April 13, 2019

Kalau nak diikutkan, memang sama dengan figura mekanik didalam animasi dari jepun itu. Ini juga membuatkan rakyat indonesia semakin berbangga dengan negaranya yang kaya dengan pelbagai sejarah.

sumber : Siakap keli

Bukan Siri animasi Gundam sahaja yang dibuktikan berasal dari Indonesia malah siri animasi Naruto juga pernah di klaim berasal dari negara serumpun kita itu. Video di bawah telah dimuatnaik beberapa tahun yang lepas disertakan bukti-bukti bahawa siri animasi naruto berasal dari Jepun. Jika benarlah, maka bukan sahaja seni mempertahankan diri silat indonesia juga ada ninja di sana.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*