Reaksi kanak-kanak buta ini selepas dapat melihat buat pertama kali

Baru-baru ini tersebar sebuah video mengharukan seorang kanak-kanak buta sejak dari lahir, Nicola Pereira dapat melihat buat kali pertama dalam hidupnya selepas seorang pemuda yang sangat pemurah mendermakan mata beliau kepadanya.

“Lihat ekspresinya buat kali pertama dia dapat melihat dunia dan ibunya”.

Dalam video tersebut seorang gadis kecil dipangku ibunya dan juga seorang doktor wanita sedang membuka penutup mata selepas operasi pembedahan.

Gadis kecil itu terus menangis dengan sekuat-kuatnya untuk menahan kesakitan semasa doktor tersebut membuka penutup mata pada gadis kecil itu.

Sehingga hujung video ketika kedua penutup matanya dibuka gadis kecil itu masih menangis sambil menutup matanya.

Ketika ia membuka matanya dan ia dapat melihat sungguh mengharukan reaksi gadis tersebut.

Ibunya terus menangis kerana terharu melihat anak gadisnya mampu melihat, dan si gadis kecil itu berhenti menangis.

Sambil melihat ibunya menangis, gadis itu pun terharu dan menangis bahagia sambil memeluk ibunya.

by Mat Bawang

Katarak usia muda

KATARAK merupakan satu keadaan kanta mata yang asalnya bersifat jernih dan lutcahaya telah bertukar menjadi keruh.

Masalah tersebut membuatkan penglihatan pesakit kabur atau berkabus kerana tompokan kabur pada kanta matanya.

Kanta mata merupakan struktur mata yang lutsinar terletak di belakang pupil atau anak mata (titik hitam di tengah-tengah mata) yang membenarkan cahaya menembusi bahagian belakang mata iaitu retina.

Lama-kelamaan keadaan tersebut boleh menyebabkan buta kerana selaput katarak menutupi keseluruhan mata.

Katarak biasanya terjadi kepada warga tua atas faktor usia.

Namun, menurut Pakar Optalmologi Pusat Perubatan Tropicana (TMC), Dr. Khor Sim Ee, katarak boleh berlaku kepada golongan dewasa muda (young adult) atas beberapa faktor, malah kanak-kanak dan bayi turut tidak terkecuali.

“Katarak selalunya berlaku akibat faktor penuaan iaitu sebanyak 60 peratus daripada keseluruhan kes berlaku kepada mereka berusia 60 tahun ke atas.

“Sebanyak 20 hingga 30 peratus kes katarak terjadi kepada golongan dewasa muda manakala dalam empat peratus saja terjadi kepada kanak-kanak.

“Bagi golongan kanak-kanak dan dewasa muda, ia terjadi atas beberapa faktor seperti genetik dan trauma,” ujarnya ketika ditemui di TMC, baru-baru ini.

Walaupun katarak dalam kalangan bayi dan kanak-kanak sangat jarang berlaku, dianggarkan tiga hingga empat kanak-kanak setiap 10,000 kanak-kanak di United Kingdom menghidapinya.

Katarak kanak-kanak

Katarak yang biasa dalam kalangan kanak-kanak ialah katarak kongenital iaitu katarak yang berlaku sejak bayi dilahirkan atau tidak lama selepas dilahirkan.

Terang Dr. Sim Ee, katarak kongenital selalunya berlaku akibat genetik ibu bapanya yang mungkin seorang atau kedua-dua daripadanya mempunyai masalah katarak.

“Ada juga kes ibu pesakit mengalami jangkitan kuman ketika mengandungkan bayi tersebut.

“Selain itu, katarak kongenital turut berlaku akibat masalah metabolisma,” ujarnya.

Jangkitan kuman seperti cacar air, rubela dam herpes.

Bayi atau kanak-kanak yang lambat menerima rawatan katarak mungkin boleh menjadi buta kerana kanta yang kabur itu menghalang cahaya daripada pergi ke retina.

Apabila retina itu gagal menghantar maklumat kepada otak ketika saat genting mata dan otak sedang bekerjasama untuk belajar melihat, otak mungkin tidak dapat belajar melihat walaupun katarak tersebut dibuang kemudian hari.

Sumber: UtusanOnline

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*