Resepi kek butter ringkas tapi sedap dan gebu!

Mesti anda semua tercari cari kek butter yang senang tapi sedap gila kan? Ayuh teruskan dengan membaca artikel ini untuk resepi kek butter ‘bodo’.

Sebenarnya bukan susah untuk buat kek butter ni. Anda hanya perlukan usaha untuk membuatnya dan sabar dalam menunggu kek itu masak. Dengan usaha, pasti anda akan berjaya membuat kek butter ini.

Menurut pemberi resepi ini, kek ni kalau sesiapa yang rasa tak ada bakat untuk buat kek, jangan risau! Kerana kek butter ni simple gila resepi dia dan sangat mudah untuk difahami.

Resepi ini dikongsikan oleh Puan Farizal Radzali dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.

Resepi Kek Butter

Resepi Kek Butter

Resepi KEK BUTTER ‘BODO’ YG SEDAP & SIMPLE GILA

Bahan Bahan
200gm Buttercup *
3/4 cawan gula (blend halus guna blender kering tu) *
4 biji telur ayam gred A *
1/4 cawan susu pekat (saya guna krimer Tesco tu je) *
2 cawan tepung gandum (brand apapun takpe)
1 sudu kecil esen vanila *
1 sudu kecil baking powder *
Pewarna (kalau nak je)
Cara cara Memasak
Blend bahan * sampai gebu halus mulus.
Tuang dalam bekas, masukkan tepung, gaul sebati.
Kalau nak kaler, asingkan kepada 2 bahagian dan letak pewarna.
Masukkan dalam loyang ikut kretiviti

KONGSIKAN ARTIKEL INI
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*