Rosmah sebak dijadikan bahan ejekan dan dicaci

Setelah kediaman Datuk Seri Najib Razak diserbu pihak polis tempoh hari, media hanya memfokuskan kepada bekas perdana menteri itu sahaja. Kelibat isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hampir tidak kelihatan.

Setelah mendiamkan diri, Rosmah akhirnya membuka mulut mengenai tindakan pihak polis di kediaman mereka itu.

Harap pihak berkuasa patuh undang-undang

Rosmah dalam satu kenyataan berharap pihak berkuasa menjalankan tugas dan patuh kepada undang-undang dalam menyiasat bagi mengelakkan perbicaraan pramatang oleh khalayak awam

Kami merujuk kepada peristiwa yang berlaku baru-baru ini sehingga mencetus kekecohan media, dengan sengaja mensasarkan kepada keburukan bagi mencetuskan kemarahan orang awam kepada keluarga kami.

Walaupun terkesan dengan situasi yang berlaku, kami telah dan akan terus membantu dalam sebarang soal siasat serta akan hadir sekiranya diperlukan oleh mana-mana pihak berkuasa.

Perlu profesional dalam tugas

Tambah bekas wanita pertama negara ini lagi, proses inkuiri yang dikenakan ke atas mereka meragukan kerana berlaku ketirisan maklumat siasatan ke media sosial terutamanya butiran barang rampasan.

Pihak berkuasa tidak sepatutnya menyebabkan munculnya pelbagai ejekan atau sindiran di media sosial tetapi perlu mematuhi dan bersikap profesional dalam menjalankan tugas.

Kenyataan itu disahkan oleh peguam, M Puravelan dan  dikeluarkan melalui firma guaman Tetuan Valen & Oh, tengah hari tadi.

Sumber: Berita Harian

Di bulan Ramadhan yang mulia ini kita sebagai warga Malaysia marilah ramai ramai menghentikan ejekan yg dibuat terhadap Datin Seri Rosmah Mansur. Peristiwa yang berlaku mencetus kekecohan Media dengan sengaja mensasarkan keburukan yang ada pada kami sekeluarga.

Hinakah Datin seri Rosmah sampai diperlakukan sedemikian rupa.
Datin Seri Rosmah Mansor bukan nama asing bagi bumi Malaysia. Sebut sahaja Rosmah Mansor akan bisa membuatkan semua rakyat Malaysia serba ghairah untuk mendengar, melihat apakah cerita sebenarnya atau tak kurang juga yang dah bersiap sedia untuk mengata, mengeji dan mencaci Rosmah. Apakah dosa yang membuat dia teraniaya sebegini rupa?

Dimanakah silapnya? Apakah “misteri” yang menghantui dirinya hingga dia di layan sebegitu rupa.. Lirik lagu ‘Madu dan Racun’ cukup sinonim untuk ditujukan khas pada beliau. Harap adalah si pintar Permata Seni akan mendendangkan lagu ini untuknya.

Terlalu banyak sejarah hitam yag menghantui Rosmah Mansor dan tidak juga kita lupa cerita puaka dan bomoh yang tidak berkesudahan. Kita lihat mangsa korban antara madu dan racun yang diperdendangkan oleh Rosmah Mansor yang mengaibkan 3 lelaki dan bukannya dua 2 seperti yang banyak blog melaporkan sebelum ini. Misteri yang kian terbongkar kisah sebenar cerita MADU TIGA versi Rosmah Mansor
Madu No 1

sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*