Rupanya Inilah Sebab Kenapa Najib Di Katakan Selalu Di ‘Ikat’ Oleh Rosmah. Patutlah Orang Cakap Macam Tu..

Setakat semalam, apa yang kita ketahui, pihak polis telah merampas 284 kotak dan 72 bagasi berisi wang di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Selain tu, laporan menyatakan pihak polis sedang dalam usaha untuk mendapatkan kunci dan membuka peti besi di kediaman beliau.

Terbaru, Bernama melaporkan bahawa sebuah peti besi di kediaman peribadi di Jalan Langgak Duta, Taman Duta itu telah berjaya dibuka!

Bagaimanapun, dalam pada orang ramai menyangka ia mungkin berisi wang yang banyak, rupa-rupanya menurut pihak polis, di dalam peti besi itu tersimpan mata wang asing lama yang kecil jumlahnya.

Sumber: Facebook

Selain mata wang asing, peti besi itu turut mengandungi beberapa dokumen termasuklah sijil perkahwinannya bersama Datin Seri Rosmah Mansor.

“Ia merupakan sebuah peti besi yang berusia lebih 20 tahun dan dibuka secara paksa kerana kuncinya telah hilang,” kata jurucakap beliau.

Difahamkan, peti besi itu terpaksa dibuka menggunakan kepakaran tukang kunci.

Netizen respond

Mendengar berita itu, ramai netizen yang berseloroh selepas mendapat tahu sijil perkahwinan mereka disimpan di dalam peti besi selama 20 tahun.

“Sekarang baru kita tahu kenapa Najib tak boleh lari dari Rosmah. Dia ‘kunci’ Najib dalam peti besi selama 20 tahun,” kata seorang netizen.

“Kesian Najib kena kunci selama 20 tahun.” komen seorang lagi.

Sumber: Malaysiakini

Macam-macam lah korang ni!. Sama ada jurucakap itu bercakap benar atau tidak, kita tunggu saja berita selanjutnya.

Sembangbimbang

via cenggitucenggini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*