“Sangat menjijikkan bila tengok sampah tapi lebih jijik bila tengok rakyat Malaysia yang kurang ajar!”

KRITIKAN PEDAS SEPERTI MASAKANNYA

Siapa yang tidak kenal Chef Wan atau nama sebenar beliau, Datuk Redzuwan Ismail, seorang chef yang terkenal di tanah air. Selain daripada terkenal dengan kehebatannya di dapur, Chef Wan juga terkenal sebagai seorang yang jujur dan lantang di dalam mengkritik sesuatu isu.

Semalam menerusi Instagram miliknya, Chef Wan telah meluahkan rasa amat bangga melihat sikap murni Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang sanggup turun padang memungut sampah di dalam stadium sebaik sahaja tamat perlawanan akhir Piala FA di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sabtu malam.

Sikap Syed Saddiq Harus Dipuji

Chef Wan berkata, Saddiq boleh menunjukkan contoh yang baik kepada seluruh rakyat Malaysia yang sememangnya ramai mempunyai sikap tabiat pengotor. Namun Chef Wan sangat kesal dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang kurang ajar dan tidak menghormati seorang menteri.

Saya rasa amat bangga melihat Menteri Belia dan Sukan yg sanggup set an example to seluruh rakyat Malaysia kita ni yg memang ramai pun mempunyai sikap takbiat pengotor dan tidak apa attitude when it come to menambah kan sampah sarap di setiap public event ini. Its disguting enough to see all this rubbish but what is even more disgusting is to read punya la ramai rakyat Malaysia yg buat comments di social media yang bukan sahaja kurang ajar and disrespectful to the minister tetapi boleh perli2 lagi konon gila glamour etc.. I am sure those yang past such a terrible and bitchy comment pun ada yg musuh pakatan! Dah kalah dan majority rakyat negara ini menolak BN dan Umno sudah la.. Yg nak melerit ni semua apa hal? Tak sedar ke apa yg di tulis tu sebenarnya membayang kan kebodohan dan kesombongan masing? Omg shame on all these rakyat Malaysia. When some one tries to do something good for the public memang ada mulut2 mcm longkang ini yg tak dapat terima sindiran ini. We should be grateful to this Minister instead of menunjuk kan perangai masing2 yg busuk hati. Kita jika bodoh mcm mana pun masih boleh di ajar tetapi jika ego dan sombong minta maaf lah. Dah la in this country we have huge problem of rakyat2 yg jenis pengotor dan suka lempar2 kan sampah rata2 how in heaven can we educate all this people yg langsung tak ada civic minded. I find this whole thing disgusting! Sepatutnya kita lagi nak belajar dari manusia2 yg budi perkerti mereka yg tinggi and not put him down mcm tu. Sia2 mak bapak hantar sekolah jika tak boleh nampak apa yg terjadi. Mak bapak mau pun guru puas mengajar pasal kebersihan. Tak percaya apa yg saya tegur mlm ni pasti ramai yg sentap dan terasa pedas nya. Yg pasti jadi viral lagi dan berbakul bakul la jugak saya di maki hamun etc. At time it get too personal pun ada. Tak percaya tengok la nanti. Batu api pun ramai out there pun!

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on

“Its disguting enough to see all this rubbish but what is even more disgusting is to read punya la ramai rakyat Malaysia yg buat comments di social media yang bukan sahaja kurang ajar and disrespectful to the minister tetapi boleh perli2 lagi konon gila glamour etc..” katanya

Chef Wan percaya, berkemungkinan yang memberi komen agak biadab ini datangnya dari musuh kerajaan baru, Pakatan Harapan.

“I am sure those yang past such a terrible and bitchy comment pun ada yg musuh pakatan!
Dah kalah dan majority rakyat negara ini menolak BN dan Umno sudah la.. Yg nak melerit ni semua apa hal? Tak sedar ke apa yg di tulis tu sebenarnya membayang kan kebodohan dan kesombongan masing? Omg shame on all these rakyat Malaysia.”

Ramai Yang Busuk Hati

Walaubagaimanapun, Chef Wan menyarankan orang ramai supaya lebih bersyukur dan menyokong pendekatan yang ditunjukkan oleh Syed Saddiq daripada menunjukkan perangai masing-masing yang busuk hati.

“Sepatutnya kita lagi nak belajar dari manusia-manusia yang budi perkerti mereka yang tinggi and not put him down mcm tu. Sia-sia mak bapak hantar sekolah jika tak boleh nampak apa yang terjadi”

Bagaimanapun, kehadiran Syed Saddiq di Stadium Bukit Jalil bukan sekadar untuk mengutip sampah semata-mata, tetapi turut bersama puluhan ribu penyokong bola sepak bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala FA antara Selangor dan Pahang.

Rata-rata netizen memuji tindakan Syed Saddiq, malah ada yang mengucapkan tahniah kepada menteri paling muda dalam sejarah negara.

Sumber IG Chef Wan & Syed Saddiq

Sumber : hangat.com via papa viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*