“Saya akan tuntut semua harta rampasan, kerana itu hak kami!” – Najib dan keluarga

Baru-baru ini kita semua telah dikejutkan dengan jumlah rampasan harta terhadap bekas perdana menteri Dato Seri Najib Tun Razak dan Isterinya Datin Seri Rosmah Mansur. Hampir mencecah RM1.1 billion.

Bekas perdana menteri Dato Seri Najib Tun Razak kini akan melalui proses undang-undang yang betul bagi memastikan semua harta rampasan itu dapat dituntut semula. Apa yang mengejutkan kta lagi apabila kerajaan baru PH sekarang telah mencadangkan dan menumumkan bahawa barang rampasan itu akan dijual bagi mendapatkan wang bagi membiayai hutang Negara yang begitu banyak.

Persoalannya, patutkah kerajaan sekarang berbuat sedemikian atau perlukah kita memberi kemaafan pada Dato Seri Najib Tun Razak? Sama-sama kita renungkan.

Rampasan segala harta benda milik bekas perdana menteri telah dibuat sebaik sahaja BN dibawah pimpinan beliau tumbang dalam pilihanraya baru-baru ini. Setelah menerima kekalahan pelbagai kes dan skandal melibatkan kewangan dan salah guna kuasa telah dilaporkan malah ia juga melibatkan pengaliran wang ke akaun peribadi Dato Seri Najib Tun Razak. Bukan sahaja terhenti setakat itu malah isteri beliau juga dikaitkan sama dan dikata telah menjadi dalang kepada semua skandal yang melibatkan bekas perdana menteri ini. Pelbagai barangan berharga telah dirampas kepunyaan Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah yang mana ia dikatakan melebihi dari jumlah RM1 billion.

sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*