Saya beri vida masa 7 hari, saya tidak sanggup tengok artis terus ditipu dan dibuli

Setelah merangkul juara rancangan realiti Gegar Vaganza, nyata kegembiraan Aishah tidak bertahan lama apabila hadiah yang dijanjikan tidak kunjung tiba. Malahan barang kemas yang ditaja usahawan kosmetik Datuk Hasmiza atau Vida didakwa palsu.

Terbaru, penyanyi Janji Manismu ini dikatakan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Vida berkenaan kes itu.

Kemuka 2 tuntutan

Menurut laporan Mstar, Aishah menerusi peguamnya memberi tempoh seminggu kepada Vida untuk bertanggungjawab ke atas hadiah seperti yang dijanjikan dalam rancangan realiti itu. Aishah turut menuntut permohonan maaf daripada Vida.

Kami sudah menghantar satu surat tuntutan bermula hari ini. Menerusi surat tersebut terdapat dua tuntutan iaitu seutas rantai berlian asli dengan nilai setara RM80,000 seperti dihebohkan.

Manakala tuntutan kedua satu permohonan maaf terbuka atas representasi yang salah yang telah dibuat berkenaan rantai berlian tersebut.

Ada sebab tolak jemputan Astro

Dalam pada itu, Aishah juga mengakui menolak jemputan daripada pihak penyiar program berkenaan kerana beranggapan pentas program itu bukanlah tempat sesuai untuk menyelesaikan kes itu.

Saya dapat jemputan rasmi untuk hadir pada minggu ini GV5 tapi saya tidak akan hadir berikutan pentas nyanyian bukan tempat yang sesuai untuk selesaikan isu berkenaan. Mungkin penaja baru iaitu Datuk Seri Aliff Syukri menganggap perkara itu kecil dan saya anggap ia seperti memperlekehkan isu ini sahaja.

Ia hanya berkaitan ‘rating’ sahaja, perkara itu tidak boleh selesai dalam tempoh dua tiga minit siaran langsung itu.

Ujarnya lagi, tindakan yang diambil ini adalah pengajaran kepada pihak penaja dan badan penyiaran supaya tidak terus membuli artis untuk kepentingan mereka.

Kalau saya tidak bercakap dan menuntut keadilan ini sampai bila artis ingin ditipu dan dibuli? Ramai yang melalui perkara sama tapi hanya berdiam diri.

Sumber: Mstar Online Via Oh Bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*