“Saya bukan lupa lirik” -Zamani cerita hal sebenar yang terjadi

Penyanyi Zamani Slam menafikan kegagalan menyanyi di segmen pertama Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza musim kelima (GV5) adalah kerana lupa lirik.

Sebaliknya, Zamani mendedahkan bahawa dia gagal mendengar alat pendengaran atau ‘earpiece’ ketika hendak menyanyi lagu Dekat Padamu nyanyian asal Yusry.

Tak pasti kenapa

“Masalah sebenar saya sendiri tak dapat pastikan. Saya masih lagi menunggu post mortem untuk konsert ini.

“Apa yang boleh saya katakan, saya tak dengar apa-apa dari ‘earpiece’ ketika itu.

“Jadi saya tidak tahu bila nak masuk nyanyian. Saya tak boleh nak agak bila nak masuk kerana saya tidak mendengar apa-apa dari earpiece saya.

“Saya tak mahu salahkan sesiapa termasuk pihak produksi sebaliknya saya anggap ia salah saya sendiri,”katanya kepada Gempak.

Bagaimanapun, Zamani antara enam bintang yang berjaya mara ke peringkat akhir.

Zamani akui bersyukur dan menganggap ia rezeki.

“Selepas persembahan pertama, saya dah ‘give up’ kerana malu… Tapi saya fikir saya ada peluang kedua, jadi saya pun cuba sehabis baik.

“Saya bersyukur kerana minggu ini kami diberikan tugasan untuk menyanyi dua buah lagu. Jadi, jumlah markah itu datang dari dua persembahan,” katanya lagi.

Lima peserta lain yang berjaya ke peringkat akhir adalah Noryn Aziz, Amelina, Dia Fadila, Maya Ruslee dan Billy Zulkarnain.

Manakala perjalanan Hetty Sarlene dan Kumpulan Forteen terhenti apabila gagal ke peringkat akhir.

Peringkat akhir GV5 pada 18 November ini ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

sumber Gempak

“Memang Saya Potong Markah Lupa Lirik, Tapi…” – Penjelasan Datuk Ramli MS Apabila Zamani Ke Final GV5

Juri tetap Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Datuk Ramli MS akui memotong banyak markah Zamani ketika dia membawakan lagu Dekat Padamu dendangan asal Yusry Abd Halim.

Memang Saya Potong Markah Lupa Lirik, Tapi…” – Penjelasan Datuk Ramli MS Apabila Zamani Ke Final GV5

Namun, Ramli berkata, dia terpaksa akur apabila telah memberikan markah yang banyak kepada Zamani menerusi persembahan kedua.

“Perlu difahami bahawa penilaian markah malam ini adalah berdasarkan dua persembahan.

Dia hilang banyak markah dari saya

“Memang saya potong banyak markah Zamani kerana lupa lirik dan beberapa masalah lain di persembahan yang pertama… Dia hilang 65 markah daripada saya.

“Malah, markah dia pada persembahan pertama lebih rendah daripada Hetty Sarlene dan Forteen.

“Namun, dia bangkit menerusi persembahan kedua dan saya akui telah memberinya markah yang banyak.

“Saya berikan markah yang tinggi, dua juri lain juga tinggi. Selepas markah ketiga-tiga juri dicampur, Zamani berjaya melangkah ke final dan berada di kedudukan kelima,” katanya kepada Gempak.

Persembahan pertama Zamani menyaksikan penyanyi itu gagal membuat persembahan dengan baik di bahagian pertama kerana kelihatan seperti lupa lirik.

Malah, paling mengejutkan, Ramli juga tidak mahu memberi sebarang komen selepas selesai persembahannya.

“Selalunya, bila saya tak mahu komen itu maknanya maaflah, memang sudah boleh terkeluar.

“Tapi, situasi berbeza terjadi kepada Zamani, meskipun dia gagal menyanyikan dengan baik, tetapi dia berjaya selesaikan persembahannya.

Persembahan terbaik

“Dia juga memberikan persembahan terbaik menerusi lagu kedua, Di Matamu nyanyian asal Sufian Suhaimi,” katanya lagi.

Zamani merupakan antara enam peserta yang bakal mara ke peringkat akhir selain Noryn Aziz, Amelina, Dia Fadila, Maya Ruslee dan Billy Zulkarnain.

Manakala perjalanan Hetty Sarlene dan Kumpulan Forteen terhenti apabila diumumkan bintang yang gagal ke peringkat akhir.

Peringkat akhir GV5 pada 18 November ini ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

sumber gempak kredit video Wan Ilya Wm.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*