“Saya lebih rela bekerjasama dengan DAP atau PKR daripada PAS” -Nazri Aziz

KUALA LUMPUR, 19 Jun — Ahli Majlis Tertinggi Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata Umno lebih rela bekerjasama dengan DAP dan PKR daripada PAS.

Wakil rakyat Padang Rengas tidak percaya parti berasaskan agama mempunyai masa depan dalam lanskap politik dan tidak bersetuju dengan parti itu.

Bekas menteri pelancongan itu menepis cakap-cakap parti Melayu itu sedia bekerjasama dengan PAS, dilihat rapat sebelum pilihan raya umum 9 Mei lalu.

“Saya tidak fikir begitu, saya tidak fikir kami akan bekerjasama, kerana kedua-dua akan bertanding di kerusi yang sama,” katanya.

“Saya pastinya bukan pendukung idea perjuangan Islam. Saya tidak dapat menerima politik berasaskan agama, malah saya menentang keras.”

Tambahnya, Malaysia sebagai negara majmuk tidak dapat sejalan dengan politik keagamaan yang dibawa PAS.

“Saya lebih rela bekerjasama dengan DAP dan Keadilan (PKR) kerana saya sendiri bukan pendukung ideologi perjuangan Islam,” katanya.

Dalam pilihan raya lalu, PAS menang 18 kerusi parlimen dan Umno pula menguasai 54 kerusi. Buat pertama kali Umno berada di blok pembangkang.

sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*