“Saya mangsa ‘permainan jahat’ kerajaan terdahulu” Boy Iman dedahkan bekas menteri yang terlibat dalam penipuan jualan rumah

KUALA LUMPUR, 8 Julai — Pelakon Boy Iman yang pernah ditahan kerana kes penipuan skim projek perumahan RM6.2 juta mendakwa dianiaya oleh seorang bekas menteri dari Barisan Nasional (BN).

Boy, atau nama sebenar Datuk Dr Norul Iman Abd Rahman, 38, berkata dirinya pernah menjadi mangsa ‘permainan jahat’ kerajaan terdahulu dan mahu membongkarkan perkara sebenar.

“Saya akan bersama dalam membongkar setiap permainan jahat yang dibuat oleh kerajaan terdahulu, kerana saya juga salah seorang “mangsa” yang dianiaya oleh salah seorang “menteri” mereka.

“Masanya akan tiba satu hari nanti,” tulisnya dalam Instagram dengan memuat naik gambar kad keahliannya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Menjadi ahli sejak Mei 2017, pelakon Rumah Sewa RM50 itu berbangga menyertai parti Melayu itu kerana ketokohan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sudah tentu saya berbangga bersama beliau dan saya tahu ramai lagi berasa sama seperti saya. Banyak lagi sejarah-sejarah beliau yang dicipta dan akan tercipta,” katanya.

Pengarah urusan DBI Properties itu ditahan pada 3 Oktober tahun lalu berkaitan penipuan jualan rumah ditawarkan syarikatnya dan Juta Kelulut Global Resources.

Penerbit filem Blok 404 itu juga pernah terpalit kontroversi memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) secara palsu.

5 Kes Panas Yang Melibatkan Dato’ Boy Iman! No 5 Paling Memalukan

1. Menubuhkan Majlis Paduka Ayahanda Dato’ Boy Iman

Sewaktu tularnya pertubuhan ini, rata -rata netizen telah mengecam DBI gara – gara pengeluaranT-shirt dan sticker Majlis Paduka Ayahanda Dato’ Boy Iman. Ketika itu, DBIdianugerahkan pangkat ‘ayah’ di dalam Persatuan Pekida dan turut menubuhkan persatuannya sendiri.

2. Isu pembelian pangkat Dato’

Tidak cukup dengan itu, DBI turut mengumumkan beliau mendapat pangkat Dato dari kerajaan negeri Pahang. Kecaman hebat terus dilemparkan buat beliau kerana beliau hanya memuat naik gambar di hadapan pintu istana sehingga membuat ramai pihak mempertikaikan taraf dato tersebut.

3. Taraf kedoktoran yang tidak diiktiraf

Selain isu pangkat DatoDBI juga telah mencetuskan kontroversi apabila beliau dikatakan mendapat pengiktirafan yang bergelar Doktor oleh sebuah universiti swasta luar negara.

Namun yang menjadi persoalan adalah majlis konvokesyen beliau hanya dibuat ringkas di dalam sebuah dewan yang dihiasi belon dan dihadiri oleh kenalan rapat sahaja, berbeza dengan istiadat konvokesyen yang lazim kita lihat.

4. Kes penyelewengan hartanah

Kes paling panas dikaitkan dengan beliau! Setelah ramai pihak ragu – ragu dengan nilai rumah yang dijual oleh syarikat DBI, timbul pula dakwaan beberapa individu yang mendakwa ditipu oleh syarikat beliau. Malah beberapa institusi turut menafikan mereka memberi pengiktirafan dan kelulusan bekerjasama dengan syarikat DBI.

5. Filem Blok 404 tak laku

Namun apa yang mencetuskan kontroversi adalah apabila DBI membuat kenyataan bahawa pelakon Tasha Shilla akan berlakon dalam filem ini. Akui tidak selesa dihimpit pelbagai persoalan, Tasha Shilla melalui instagram nya tampil menyatakan bahawa beliau tidak berminat dengan tawaran tersebut dan turut menggelar DBI sebagai pakcik.

 

Pelbagai kontroversi terus dikaitkan dengan DBI. Apapun, kami di Hangat mendoakan Dato Boy Iman akan terus sukses dengan setiap bidang yang diceburi dan dapat membuka mata mereka yang selalu menindas beliau.

sumber: .pendekarhitam via cenggitu cenggini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*