“Saya Masih Berpakaian Seksi, Tak Pernah Keluarkan Kenyatan Mahu Berpakaian Sopan” – Tasha Shila

Pelakon, Tasha Shila yang dulu pernah menggemparkan industri hiburan dengan gambar bogelnya sering dikaitkan dengan pemakaian baju yang agak seksi dan rata-rata netizen sering menegur pemakaiannnya yang seksi itu.

Namun kali ini, Tasha Shila mengeluarkan kenyataan bahawa dia masih berpakaian seksi dan tidak pernah sekali pun mengeluarkan kenyataan mahu berpakaian sopan. Baginya, dia lebih tahu dirinya dan dirinya masih orang yang sama.

“Saya masih lagi pakai seksi dan tak pernah lagi mengeluarkan kenyataan akan berpakaian sopan. Saya tahu diri saya macam mana dan ini antara saya dengan Tuhan. Saya tetap sama.”

Tasha menambah lagi, dia juga memakai skirt bila-bila sahaja yang dia mahu. Tidak kira kemana saja termasuklah gym. Tidak lupa dia mengucapkan terima kasih kepada mereka yang boleh menerima dirinya seadanya.

“Kalau pergi pantai saya rasa nak pakai skirt pendek saya pakai, macam itu juga kalau pergi gim.

“Terima kasih buat yang boleh menerima diri saya seadanya, kalau tak boleh nak buat macam mana, yang penting kita tahu siapa diri kita,” 

Dalam perkembangan terbaru, Tasha akan mengekalkan imej seksi untuk drama akan datang berjudul Air Mata Syurga yang memainkan 30 episod. Tasha yang juga finalis Dewi Remaja 2005/2006 akan memainkan dua watak berbeza.

“Ketika ditawarkan untuk berlakon dalam drama ini saya terlebih dahulu selepas membaca sinopsis Air Mata Syurga, saya buat panggilan terus kepada penulis skrip untuk tahu apa yang digambarkannya untuk watak ini.

Untuk memantapkan lagi mutu lakonannya, Tasha Shila mengambil kelas lakonan bergurukan Fatimah Abu Bakar selama seminggu dan hasilnya ia sangat membantu.

Sumber: Astro Awani

Ini antara komen di laman IG miliknya:

Sudah lama tak masuk berita panas. Sesekali nak naik rating semula dia buat lagi.

Lama dah sendu! Masuk gambar seksi esok terkenal balik,” 

Ini antara komen para peminat Tasha Shila:

Artis pun manusia juga dan mereka ada hak untuk jalani kehidupan mereka dan berseronok, buat salah, buat apa yang dia nak, pakai apa yang dia nak pakai.

Orang-orang Melayu ini tak boleh bagi orang lain hidup langsung. Ada saja yang mereka nak kecam. Kesian sungguh dekat mereka.

Biarlah dia, Instagram dia yang korang nak kecam dia, baik unfollow saja dia. Sampai masa nanti berubah la dia,” 

Tasha Shila sebelum ini popular menerusi bebrapa drama bersiri. Pada tahun ini Tasha Shila dilihat jarang keluar TV.

Ramai peminatnya yang mahu Tasha Shila kembali buat come back dalam dunia lakonan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*