“Saya Sayang Suami Saya Dan Saya Tak Nak Orang Mengata Tentang Suami Saya” – Izreen Azminda Berkongsi Hati Beliau Kini Agak Tenang Kerana Tidak Menirima Komen Negative Dari Nitizen

“Apa sahaja yang saya nak post di Instagram saya adalah kehidupan dan peribadi saya. Kalau ada yang tak suka dengan perkongsian saya boleh unfollow atau block supaya posting saya tak keluar di timeline mereka.

“Saya sayang suami saya dan saya tak nak orang mengata tentang suami saya. Kalau nak mengata saya tak apa sebab saya dah lama juga dalam industri dan dah biasa terima semua ini tapi suami saya tak biasa.

“Saya tak nak orang kecam suami saya,” kata pelakon Izreen Azminda yang memberitahu hati beliau kini agak tenang kerana tidak lagi menerima komen-komen negatif daripada netizen.

Walaupun sering memuatnaik ‘posting’ sedang bahagia bersama suami tercinta, Ude Wahid, Izreen masih lagi menutup ruangan komen di akaun Instagramnya.

Bukan itu sahaja, alasan beliau menutup ruangan komen, antara sebab lain ialah Izreen tidak mahu melihat suaminya sedih dan terguris hati apabila orang ramai terus ‘menghentam’ pemuzik bebas itu mengenai kisah silamnya.

Ini yang dinamakan cinta sejati agaknya, risau emosi suami akan terganggu. Bagus Izreen kerana sebolehnya ingin menjaga suami dengan baik daripada setiap sudut.

Sumber:artismalaysia

 

NEELOFA dan Datuk Hans Isaac Makan Malam Bersama Di Genting Highlands

Semua sedia maklum, Neelofa dan Datuk Hans Isaac pernah bersama suatu masa dahulu. Namun hubungan mereka terputus di tengah jalan lalu masing-masing membawa diri dan haluan sendiri.

Namun baru-baru ini melalui portal Hangat.com, MH ada nampak mereka kongsikan gambar dimana Neelofa dan Hans dikatakan telah makan malam bersama di Genting Hishlands, Pahang.

Amboi bukan main manis lagi senyuman Neelofa ketika bersebelahan dengan Hans.

MH difahamkan mereka baru sahaja selesai menonton konsert penyanyi Hollywood terkenal Joh Legend.

Jika tidak salah, konsert tersebut merupakan Darkness and Light World Tour yang telah diadakan di Arena of Stars di Resort World Genting.

Semua ini dapat dikesan melalui instagram seorang pengacara, model serta sahabat baik kepada Hans apabila memuat naik video di Insta Storiesnya.

Secara tidak langsung telah mengukuhkan dakwaan mereka berdua telah menonton filem tersebut bersama.

Bagaimanapun, sehingga kini baik Neelofa mahupun Hans tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Tetapi andai kata benar, why not! Lagipula masing-masing single dan available bukan?

SUMBER : Hangat.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*