“Saya sebenarnya suka bergurau dengan kanak-kanak. Tapi mungkin tersalah percaturan pada hari itu” – Remaja Lelong Duit Raya Memohon Maaf Pada Keluarga Qistina

PETALING JAYA: Pemuda yang terlibat dalam video lelong duit raya baru-baru ini akhirnya tampil menemui Nur Qistina Huda dan keluarganya untuk memohon maaf.

Menerusi pertemuan empat mata yang berlangsung di Sungai Petani, Kedah itu, Akmal Azudin, 21, mengakui menyesal dengan tindakannya merakam video melibatkan kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun itu tempoh hari.

“Saya datang sekitar pukul 3 petang (Khamis untuk bertemu dengan keluarga mereka dan minta maaf secara berdepan. Alhamdulillah, mereka memaafkan saya.

“Ayah Qistina turut memberi pesanan dan nasihat kepada saya agar tidak mengulangi lagi perbuatan ini,” ujarnya sewaktu dihubungi mStar Online sejurus pertemuan itu.

Dalam pertemuan itu, Akmal ditemani kakak dan adiknya.

Menurut pemuda yang berasal dari Langkawi itu, dia yang sekadar ingin bergurau tidak menyangka video tersebut akan tular sehingga mendapat perhatian meluas rakyat Malaysia.

Paparan skrin daripada insiden ‘lelong’ duit raya.

“Saya sebenarnya suka bergurau dengan kanak-kanak. Tapi mungkin tersalah percaturan pada hari itu.

“Saya akui kesilapan saya. Saya padam akaun Twitter dan Instagram pun bukan kerana ingin melarikan diri tapi sebab ramai yang kecam.

“Apabila dimaklumkan oleh adik-beradik saya mengenai hasrat keluarga Qistina, saya membuat keputusan untuk datang berjumpa agar kes ini tidak berpanjangan,” ujarnya lagi.

VIDEO:

 

Sementara itu, bapa Qistina, Shahrulnizam Jaafar, 46, mengakui lega dan berlapang dada untuk memaafkan pemuda itu.

“Alhamdulillah. Allah lembutkan hati saya. Saya menerima kedatangan mereka dengan hati terbuka dan sudah memaafkan perbuatannya.

“Sekarang hati saya sudah tenang. Bila dah kenal dan bertemu dengannya, rasanya dia seorang pemuda yang baik,” ujar pesara tentera itu.

Menerusi laporan mStar Online pada Selasa, Shahrulnizam yang terkesan dengan penularan video melibatkan anaknya memohon bantuan netizen supaya mempertemukan dia dengan Akmal.

Kejadian yang berlaku pada sambutan Hari Raya pertama itu mula tular di laman sosial sejak Isnin lalu.

Dalam rakaman itu, Akmal memperlahankan kenderaannya sebelum menawarkan duit raya kepada Qistina dan dua sepupunya sebelum memecut dan ketawa terbahak-bahak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber: TV Bulan

 

“Saya tak mau tumbuk” – Bapa buru lelaki ‘lelong’ duit kepada anaknya

Malah, bapa kepada salah seorang daripada kanak-kanak terbabit turut memburu si pelaku kerana sengaja memalukan anaknya dengan memuat naik video berkenaan sehingga tular di media sosial.

Terkesan dengan perkara itu, Shahrulnizam Jaafar, 46, memohon bantuan netizen supaya mempertemukan dia dengan individu terbabit.

“Sebagai ayah saya tak boleh diamkan perkara ini. Tujuan saya nak jumpa dia bukan nak lepaskan geram, memukul atau mencederakannya.

“Ada yang suruh tumbuk, suruh pukul tapi saya masih waras dan tahu batas undang-undang.

“Saya pun tak nak berdendam dan biarkan ia berlarutan. Saya mahu dia tampil dan memohon maaf kepada anak saya dan sepupunya yang dirakam dalam video itu,” kata Shahrulnizam ketika dihubungi mStar Online, Selasa.

Menurut pesara tentera itu, anaknya, Nur Qistina Huda, 8, ada memaklumkan mengenai kejadian tersebut yang berlaku hari raya pertama, Jumaat lalu.

Qistina dan dua sepupunya mengadu diganggu seorang lelaki yang menaiki kereta sewaktu berjalan di sekitar Kampung Sungai Keria, Perlis pada hari kejadian.

“Dia ada balik mengadu. Selepas kejadian itu dia pun tak ada mood nak beraya. Tapi tak sangka pula ada video sehinggalah diberitahu oleh adik saya pada petang Isnin.

“Mungkin orang tu niat nak bergurau tapi tak kena tempat. Cuba bayangkan kalau saudara mara sendiri yang kena.

“Perkara ini saya kira agak mengaibkan. Kalau kawan-kawan dia di sekolah tengok video ni dan dia kena ejek, kesian anak saya,” ujarnya lagi.

Sementara itu, video berkenaan yang dimuat naik sendiri oleh pelaku menerusi laman Twitter bagaimanapun telah dipadam.

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*