[VIDEO]Sebuah Hilux terjun kedalam air, selepas diselidik rupa-rupanya ini punca sebenar kejadian

Sebuah hilux dikatakan terjun kedalam air, menurut saksi kejadian Hilux tersebut tiba-tiba bergerak sendiri apabila seorang kanak-kanak tertendang tombol gear kenderaan tersebut. Walaubagaimanapun, kesemua 5 orang mangsa, termasuk seorang bayi diberitakan selamat.

Kejadian tersebut berlaku di Pulau Warisan, Terengganu. Didalam video berdurasi 1 minit 39 saat memaparkan kenderaan pacuan 4 roda tersebut ditenggelami air sepenuhnya. Kedengaran suara seorang wanita menangis meminta merayu-rayu memohon pertolongan. Melihat keadaan ahli keluarga mangsa yang panik, orang ramai yang berada di tempat kejadian terjun ke dalam air untuk menghulurkan bantuan.

Selang beberapa minit kemudian, anggota penyelamat terdiri dari pasukan bomba, ambulans dan polis tiba di tempat kejadian. Tindakan pantas mereka harus mendapat pujian kerana mengambil masa yang singkat untuk sampai dan menghulurkan bantuan.

Pihak bomba masih lagi meneruskan pencarian apabila salah seorang dari orang awam yang cuba membantu dikatakan masih lagi tidak dijumpai.

Situasi ini lebih kurang sama dengan tragedi di Jambatan Pulau Pinang baru-baru ini, dimana seorang mangsa yang masih muda terkorb4n apabila kenderaan yang dinaikinya dilanggar oleh sebuah Vios lalu menyebabkan kenderaannya terbabas dan terhumban kedalam sungai. Malangnya, mangsa meningg4l dunia akibat dari lem4s.

Sebuah Hilux menjunam masuk dalam air di Pulau Warisan, Terengganu.Kejadian semalam. Ada yang kata anak main gear.Kenderaan dikatakan gagal dikawal akibat kesilapan memasukkan gear sehingga terjunam ke dalam air. Beberapa orang awam dilihat bertindak pantas terjun ke dalam air untuk menyelamatkan mangsa-mangsa. Pasukan bomba dan penyelamat juga dikejarkan ke tempat kejadian untuk misi menyelamat.Kesemua mangsa ditemui selamat.

Posted by Jom Tekan Viral on Friday, February 8, 2019

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*