“Selemah-lemah iman jika tidak turun perhimpunan esok”

PESERTA perhimpunan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dinasihat supaya menjaga tutur kata ketika perhimpunan Sabtu ini supaya tidak menyentuh sensitiviti perkauman.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan peserta perhimpunan juga diminta mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 bagi mengelakkan timbulnya sebarang kekecohan.

Katanya, kerajaan kini bersikap terbuka namun rakyat yang ingin menyuarakan pandangan harus menjaga batas.

“Permohonan bagi perhimpunan itu sudah diluluskan dan kita harap peserta yang akan terbabit perlu bertanggungjawab dalam menjaga keamanan termasuk mematuhi semua peraturan yang ditetapkan.

“Tutur kata amat penting pada perhimpunan berkenaan supaya tidak membangkitkan kemarahan atau menimbulkan keadaan lebih tegang memandangkan isu rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya masih belum reda,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat bulanan bersama warga polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Beliau berkata, polis sudah membuat persiapan yang rapi bagi mengawal perhimpunan berkenaan.

“Jumlah pasukan polis yang akan mengawal dan memantau perhimpunan itu mencukupi dan saya rasa tidak perlu kita beritahu jumlah sebenarnya,” katanya.

Semalam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meluluskan perhimpunan kesyukuran ICERD, Sabtu ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, dilaporkan berkata melalui kelulusan itu, pihak penganjur dibenarkan berhimpun di Jalan Raja di antara Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad bermula jam 2 hingga 6 petang.
SUNGAI BESAR: Seramai 35,000 ahli Gerakan Baju Merah dijangka menyertai perhimpunan membantah cadangan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) esok.

Pengerusinya, Datuk Seri Jamal Md Yunos, berkata gerakan itu akan membawa imej berbeza berbanding perhimpunan lain yang pernah dianjurkan sebelum ini.

“Seperti sedia maklum, perhimpunan membantah pelaksanaan ICERD ini antara yang aman dan mendapat kebenaran pihak berkuasa.

“Tidak perlu kita melakukan protes demonstrasi, sebaliknya solidariti perhimpunan ummah mempertahankan Perlembagaan negara, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Himpunan Ummah Membantah ICERD Peringkat Parlimen Sungai Besar di Bangunan UMNO Bahagian Sungai Besar di sini, malam tadi.

Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar berkata, pemerintahan Barisan Nasional (BN) sejak 61 tahun lalu dilihat membawa rakyat berbilang kaum, agama dan bangsa hidup dalam suasana aman dan harmoni.

“Mereka (kaum) bebas mencari rezeki tanpa sebarang halangan. Namun, sejak kebelakangan ini, beberapa isu dilihat cuba memecah belah perpaduan antara kaum selepas jatuhnya kerajaan BN,” katanya.

Beliau berkata, penyertaan Gerakan Baju Merah yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hadir sebagai tanda sokongan perhimpunan membantah ICERD.

“Selain itu, perhimpunan ini bakal menyaksikan kenalan dari kaum Cina dan India juga bersama menyertainya.

”Malah, saya difahamkan seramai 1,500 anak muda dari daerah ini (Sungai Besar) menyertai konvoi motosikal membantah ICERD,” katanya.

Jamal berkata, sesi pertemuan bersama PAS dan NGO melihat ahli berlainan ideologi politik ingin bersama menyertai perhimpunan berkenaan.

“Saya dimaklumkan ramai ahli PKR dan AMANAH dari daerah ini juga akan bersama menyertai saya dan rakan lain dalam perhimpunan esok,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*