Selepas Siasat Najib dan 1MDB, Dato Seri Ti Lian Ker (MCA) Mengesa Agar Menyiasat “RASUAH” Yang Dikaitkan Dengan Tun M, Daim Zainuddin Dan Anwar Ibrahim

Jurucakap publisiti MCA, Dato Seri Ti Lian Ker mengesa agar pucuk pimpinan sekarang juga mesti berlaku adil dan saksama yang mana beliau menggesa agar Tun M dan DS Anuar Ibrahim juga perlu disiasat.

Menteri kewangan yang terkini perlu mendedahkan salah laku terkini dan masa lalu agar dianggap lebih profesional dan tidak berat sebelah.

Bukan sahaja setakat itu, beliau juga menggesa agar rasuah yang dikaitkan dengan Tun M, Daim Zainuddin dan Anwar Ibrahim juga perlu disiasat.

Dato Seri Ti Lian Ker merupakan jurucakap publisiti kepada MCA. Persatuan Cina Malaysia MCA adalah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden, Dato’ Seri Liow Tiong Lai.

MCA merupakan parti komponen bagi Barisan Nasional yang merupakan parti pemerintah bagi pembangkang, merupakan parti pemerintah bagi kerajaan negeri Perlis dan Pahang. MCA tidak menubuhkan bahagian di negeri Sarawak.

MCA juga mempunyai pengaruh di dalam media massa di Malaysia. Di antaranya adalah Huaren Holdings, The Star, dan stesen radio 988. Pada 7 Mei 2010, media internet Malaysiakini.com melaporkan bahawa MCA memiliki 40 peratus saham Star Publications melalui badan pelaburannya, Huaren Holdings.

Star Publications menerbitkan akhbar bahasa Inggeris utama negara, The Star dan merupakan sumber kewangan penting bagi MCA. Oleh itu pucuk pimpinan yang berkaitan dengan politik akan berubah sepertimana berubahnya pucuk pimpinan MCA berubah daripada Dato’ Seri Ong Tee Keat kepada Dato’ Seri Chua Soi Lek.

Sumber: Dharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*