Setelah 30 Tahun Kaji Agama, Akhirnya Sami Berusia 66 Tahun Peluk Islam, Ini Kisahnya

Assalamualaikum, kisah ini dipetik dari Utusan Online dan artikel ini disiarkan pada April 2015. Hidayah sudah semestinya milik Allah SWT.

Sami berusia 66 tahun peluk Islam

Kebenaran Islam yang ternyata berbeza dibandingkan dengan agama lain telah memikat hati seorang sami yang berasal dari Johor untuk memeluk agama tersebut.

Penaung Persatuan Cina Islam Malaysia (Macma) Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, sami berketurunan Cina berusia 66 tahun itu merupakan antara dua individu yang diislamkan dalam satu majlis ringkas di Masjid Cina, Krubong di sini hari ini.

Menurutnya, usaha tersebut memperlihatkan perkembangan syiar Islam yang baik di negara ini.

“Kaum Cina merupakan kaum yang begitu strategis, mereka berkebolehan dalam pelbagai bidang terutamanya ekonomi dan apabila adanya pendakwah menyebarkan Islam dalam kalangan mereka, saya rasa ia satu usaha yang begitu murni dan mulia.

islam

“Dengan kerjasama semua pihak, diharapkan akan lebih ramai yang faham tentang Islam dan seterusnya jatuh cinta terhadap agama ini.

“Kita berasa amat terharu dalam keadaan Islam digembar-gemburkan sebagai imej yang negatif di sisi media barat, Macma Melaka boleh melahirkan usaha pengislaman melibatkan seorang sami yang ternyata ini bukan satu tugas yang mudah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas majlis tersebut.

Yang turut hadir, Pengerusi Macma Melaka, Lim Jooi Soon.

Menurut Jooi Soon, sami yang enggan identiti dan gambarnya didedahkan itu berpengalaman selama 28 tahun sebagai sami di Taiwan.

Katanya, sami tersebut begitu berminat untuk mengetahui tentang perkembangan Islam dan terbuka hatinya untuk memeluk Islam selepas berbincang tentang topik mengenali tuhan tiga minggu lalu.

Seorang lagi lelaki yang memeluk Islam dalam majlis tersebut ialah Teoh Boon Khoon, orang kurang upaya (OKU) berasal dari Pulau Pinang dan merantau ke Melaka untuk mencari rezeki.

Dalam pada itu, Rahim berkata, sejak tahun 1990, seramai 4,251 orang saudara baharu telah memeluk Islam di negeri ini.

Katanya, jumlah tersebut ter­masuk 760 orang berketurunan Cina.

Sumber Artikel: Utusan Online

30 Tahun Kaji Agama, Sami Buddha Akhirnya Peluk Islam

“Semasa menjadi sami, dia begitu banyak mengkaji tentang banyak agama di dunia ini. Dalam pengkajian itu, dia cuma menemui Islam sebagai sebuah agama paling lengkap dan meliputi segala aspek setiap kali berhujah. Dia banyak melihat agama Islam ini semakin berkembang, tetapi dia tidak tahu puncanya,” katanya.

Menurutnya, lelaki yang berasal dari Johor itu datang ke negeri ini sejak tiga minggu lalu.

“Akhirnya, dia berjumpa saya dan saya telah menerangkan dengan menggabungkan bagaimana logik, sains dan hujah dapat dikaitkan dengan pencipta alam ini menyebabkan dia tertarik untuk memeluk Islam,” katanya selepas majlis itu semalam yang
disempurnakan penaung Macma, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Jooi Soon berkata, kini tugas Macma adalah untuk membimbingnya agar dapat mengetahui ajaran Islam secara mendalam.

“Kerja kami baru hendak bermula untuk mengajarnya dan kami hanya boleh mengajar dalam bahasa Mandarin kerana dia tidak fasih bahasa Melayu dan Inggeris. Ia mungkin menuntut sedikit kesabaran,” katanya.

Sumber Artikel: Wanista Via KL Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*