“Siap cakap ‘pondan’ lagi tu” Safiey Illias menuduh Dr Amalina memanggilnya ‘pondan’…Ini respon Dr Amalina

Sebelum ini Dr Amalina pernah dikecam oleh Safiey Illias dimana Safiey Illias mengatakan Dr Amalina adalah pakar ‘aesthetic’ (kecantikan) dan mempunyai tujuan sendiri apabila selalu membongkarkan mengenai produk-produk kecantikan di Malaysia.

Dr Amalina juga telah menafikan tuduhan Safiey Illias tersebut, beliau bukan pakar kecantikan tetapi pakar bedah.

Baru-baru ini Dr Amalina Che Bakri memuatnaik satu keratan gambar di ‘insta story’nya :

Jelas di situ Safiey Illias masih lagi tidak berpuas hati dengan Dr Amalina, kali ini beliau mengungkit kembali Dr Amalina pernah menghentam Dato’ Siti Nurhaliza kerana mempromosikan produk tanpa mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Safiey Illias mendakwa pernah dipanggil Pondan ketika ‘berdebat’ dengan Dr Amalina sebelum ini.

Ini penjelasan dari Dr Amalina

Saya tidak pernah menyebut perkataan tersebut (pondan) langsung, tolong bersikap professional apabila berhadapan dengan isu ini. Jika ada sesiapa pengikut saya yang menyebut perkataan itu saya meminta maaf bagi pihak mereka itu adalah satu tindakan yang sangat biadap. Saya hormat semua orang, tidak kira siapa pun mereka. Saya ada ramai kawan ‘transgender’ disini dan sudah tentu  saya tidak pernah bersangka buruk tentang mereka. Untuk pengetahuan anda, saya tidak pernah ‘block’ saya cuma jalankan tanggungjawab saya sebagai doktor. (terutama tentang makanan tambahan) bukan produk awak sahaja. Tolong, ini bukan cara untuk hadapi isu ini. Saya harap, kita dapat tamatkan isu ini dengan sikap professional. Terima kasih diatas kerjasama anda.

Dia berasa amat kecewa dengan tindakan Datuk Seri Siti Nurhaliza kerana mempromosikan air minuman jenama i-mizu yang dikatakan dapat menjadi panawar kepada 150 jenis penyakit. Katanya, dia begitu meminati Datuk Seri Siti dan tidak menyangka sama sekali bahawa penyanyi ini juga terlibat dalam kes begini.

Dengan pengaruh yang ada, artis dan selebriti sentiasa menjadi target para peniaga untuk membantu dalam mempromosikan produk kesihatan mereka.

Namun, kini sudah semakin ramai pakar perubatan bertauliah yang bersuara bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai implikasi pengambilan suplemen tersebut. Tapi, nampaknya masih ada segelintir selebriti yang tidak mengambil kira saranan mereka.

Menurut Astro Awani, pelatih jurubedah Dr Amalina Che Bakri dah cabar mereka yang mendakwa cukup arif dalam bidang perubatan berkaitan supplemen serta ubat berunsur kecantikan untuk berdebat dengannya bagi membuktikan kesahihan dan keberkesanan produk mereka.

Dr Amalina berkata sebegitu selepas seorang individu mengatakan perlu ada saluran TV yang menyajikan perkara berkaitan perubatan bagi mendidik rakyat.

Ujarnya lagi suplemen dan ubat yang diambil perlu mendapat konsultasi doktor yang bertauliah terlebih dahulu.

“Tindakan menjual, mempromosi dan mempengaruhi pengguna membeli ubat dan suplemen di atas talian tanpa memikirkan kesan sampingan, adalah tindakan tidak bertanggungjawab.”

Dia juga berharap agar influencer media sosial akan elakkan daripada mempromosi produk yang mungkin boleh memberikan kesan buruk kepada pengguna.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*