Suspek ‘Bruce Lee’ Kes Pukul Pelajar Sebab Menganggu Awek Telah Ditahan

POLIS menahan tiga remaja lelaki yang disyaki terbabit dalam insiden pelajar tingkatan dua dibelasah di sekolah menengah di daerah Klang, Jumaat lalu.

Mereka yang juga pelajar berusia 16 dan 17 tahun itu ditahan di Pelabuhan Klang dan Telok Gong, antara 7.30 malam hingga 8 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, seorang daripada tiga remaja itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis.

“Siasatan awal mendapati dua pelajar yang ditahan itu mengaku terbabit dalam kes berkenaan dan kita turut merampas telefon bimbit daripada seorang pelajar.

“Hasil semakan mendapati mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya kepada pemberita di Klang, hari ini.

Menurutnya, pihaknya sudah memperoleh permohonan reman selama empat hari ke atas kedua-dua suspek sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.

Kata Shamsul Amar, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.

NSTP hari ini melaporkan akibat dituduh mengganggu pelajar perempuan, seorang pelajar tingkatan dua dibelasah dua pelajar lain di sekolah berkenaan.

Berdasarkan satu rakaman video berdurasi 42 saat, mangsa berusia 14 tahun itu dipukul dan ditendang dua remaja lelaki berkenaan sambil disaksikan beberapa individu lain.

Siasatan awal mendapati mangsa yang mahu pulang ke rumah dipanggil seorang pelajar lain, jam 12.30 tengah hari.

Mangsa diminta mengikut pelajar itu ke kawasan belakang sekolah berkenaan.

Pengadu kemudian dipukul individu itu bersama seorang lagi pelajar lain dengan menggunakan tangan dan kaki. Kejadian itu dileraikan oleh seorang pelajar yang berada di tempat kejadian.

Sebelum Itu..

 

Dibelasah Sebab Ganggu Awek

AKIBAT dituduh mengganggu pelajar perempuan, pelajar lelaki Tingkatan Dua dibelasah dua pelajar lain di sekolah menengah di sekitar daerah Klang, Jumaat lalu.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 42 saat, mangsa berusia 14 tahun itu dipukul dan ditendang dua remaja lelaki sambil disaksikan beberapa individu lain.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang mahu pulang ke rumah selepas selesai sesi persekolahan dipanggil seorang pelajar lain pada 12.30 tengah hari.

“Mangsa yang juga pengadu kes ini kemudian diminta mengikuti pelajar itu ke kawasan belakang landskap sekolah berkenaan.

“Pengadu kemudian dipukul individu itu bersama seorang lagi pelajar lain dengan menggunakan tangan dan kaki.

“Kejadian itu dileraikan seorang pelajar yang berada di tempat kejadian,” katanya di Klang, hari ini.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan mangsa menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

“Bagaimanapun, tiada kesan kecederaan fizikal pada badannya,” katanya.

Shamsul Amar berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kes berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan,” katanya.

 

sumber youtube Hazrul Hadi Yusoff

Sumber HMetro 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*