“Tak tahu la nak nangis ke nak ketawa” Video sesi rakaman lagu bobo dimana versi nasyid tersebar. Reaksi netizen tidak pernah menghampakan

DIKECAM teruk kerana lagu Bobo Dimana, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan dia menerima beberapa tawaran menyanyikan lagu berbentuk kerohanian.

Aliff, 30, berkata ramai pengguna laman sosial memintanya bersetuju dan mengambil peluang tersebut.

“Sejujurnya, saya ada menerima tawaran menyanyikan lagu nasyid daripada beberapa orang komposer, tetapi masa itu hanya borak-borak kosong sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen buat laporan mahu Youtube lenyapkan lagu ‘Bobo Dimana’ Aliff Syukri, Sajat

“Saya mungkin akan mempertimbangkan untuk menerima tawaran tersebut kerana semua lagu yang saya nyanyi asyik kena kecam sahaja.

“Saya harap anda semua tak kecam-kecam lagi, doakan yang terbaik untuk saya sebab manusia ini boleh berubah-ubah,” katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, Aliff Syukri menerima kritikan hebat netizen kerana lagu Bobo Dimana yang dianggap tidak sopan dan memaparkan unsur lucah.

Perbincangan Aliff dan isteri bersama Hafiz Hamidun memberi gambaran mereka bakal bekerjasama dalam lagu nasyid.

Lagu tersebut merupakan nyanyian penyanyi dangdut kontroversi Indonesia, Lucinta Luna yang berkolaborasi dengan Aliff Syukri dan seorang lagi usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Sehingga kini, video muzik tersebut menjadi trending nombor satu di laman Youtube dan menerima hampir empat juta tontonan.

Sementara itu, menerusi Instagram isteri Aliff iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid ada memuat naik rakaman menunjukkan Aliff mengadakan pertemuan dengan penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun.

“Kita suruh Aliff nyanyi sebab Hafiz Hamidun dah buat lagu, tinggal nak nyanyi sahaja. Insya-Allah kita akan pastikan dia nyanyi lagu nasyid.

“Dia memang tahu suara dia tak berapa nak sedap tapi sebab suka nak jadi artis, kita usahakanlah dia jadi artis nasyid. Siapa sokong?,” tanya Shahida.

sumber : Mstar Online

Lagu bobo dimana versi nasyid oleh Aliff Syukri, suara boleh tahan merdu, lunak, serak basah. serba lengkap!

Sedap betul suara ni

Posted by Kaki Jilat on Thursday, October 4, 2018

komen netizen

Saya cuba untuk cari kata-kata pujian dalam komen ini, tapi malangnya tak ada langsung. Kalau Dato’ terbaca artikel ni, saya sokong dato’ teruskan usaha untuk terus menyanyi, bagi saya dato’ bukan seorang penyanyi yang bagus, tetapi tetap tidak berhenti menghiburkan saya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*