telatah adik ini nak bagitahu nurse dia dah makan ubat memang sangat comel

Bila cakap pasal makan ubat, sedangkan orang sewasa pun susah nak makan, inikan pula kanak-kanak. Tapi setiap ibu bapa mesti risau bila anak jatuh sakit kan? Nak tak nak, kena pastikan mereka makan juga ubat tapi jangan gunakan cara yang kasar sangat kepada mereka.

Baru-baru ini, anak lelaki kepada pengasas jenama tudung terkenal, Ika Radiusite telah dimasukkan ke hospital kerana perlu menjalani pembedahan untuk membuang tonsilnya.

Menurut beliau, pembedahan itu telah pun berjaya pada semalam dan kini Ayden atau mesra dipanggil Beden sedang dalam tempoh berehat sebelum boleh dibawa pulang ke rumah.

Lepas kena paksa…

VIDEO :

Jelas gelagat yang ditunjukkan oleh Beden ini sangat comel! Rata-rata netizen yang menonton video tersebut terhibur, sampaikan ada yang menganggap aksi itu dilakukan oleh Beden untuk tackle jururawat tersebut. Selain tu, mereka juga perasan seperti ada air yang terkeluar sedikit daripada mulut kecil Beden.

Eleh..nak ngayat sebenarnya tu

Den behave.. jangan ngorat nurse

Sian Beden meleleh air liur

Menurut ibunya, itu hanyalah air paip yang Beden kumurkan di dalam mulutnya. Perkara itu dibuat untuk menghilangkan rasa ubat yang dimakan tadi.

Bukan air liur..

Sumber: Dairi Dunia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*