Tergesa-Gesa Lantik Anwar Jadi PM Satu Tindakan ‘Tidak Bijak’ – Tun Daim Zainuddin

Pengerusi Majlis Penasihat Putrajaya Tun Daim Zainuddin berkata adalah “tidak bijak” untuk tergesa-gesa untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Beliau berkata peralihan kuasa daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seharusnya berlaku ketika “pertengahan” penggal.

“Jika kamu ingkari janji rakyat, mereka tidak lagi akan mempercayai kamu lagi,” katanya dalam temu bual dengan Straits Times Singapura.

Daim, kini menjadi tokoh penting dalam pentadbiran baru Mahathir, berkata beliau telah berjumpa dengan Anwar dan menyampaikan kata-kata berikut: “Kamu semua telah cuba banyak pilihan raya dan gagal. Sama ada kamu suka atau tidak, Mahathir berjaya.”

Anwar dijangka akan dibebaskan dari penjara esok. Sehari sebelum hari mengundi, Anwar menggesa rakyat Malaysia supaya menyokong Mahathir pada pilihan raya ke-14.

Sebelum ini, Mahathir berjanji untuk membenarkan Anwar menggantikannya selepas dua tahun.

sumber : Malaysiakini

 

sementara itu

“Ini Salah Saya Sebab Tak bercakap Benar” – Khairi Jamaluddin

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kesal kerana tidak berterus terang dengan bekas presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tentang akar umbi yang menolak parti itu, selepas bekas timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal “dikeluarkan”.

“Tidak ada sesiapa, selepas Muhyiddin dikeluarkan, selepas Shafie dikeluarkan… Tiada siapa yang mahu mengakui ada masalah. Itu kesilapan besar di pihak kita.

“Adakah isyarat? Ya, ada isyarat yang jelas tetapi kita tidak sedar akan isyarat itu,” katanya yang dipetik oleh  Channel News Asia.

“Ini tidak harus berlaku lagi, kita tidak boleh membiarkan pemimpin Umno terpisah dengan realiti dan tidak menyoal soalan yang sukar. Jika kita meneruskan pemikiran feudal untuk melindungi pemimpin daripada kebenaran, Umno akan pupus,” katanya.

Kedua-dua Muhyiddin dan Shafie digugurkan dari barisan kabinet Najib selepas mereka lantang mengkritik secara terbuka skandal 1MDB.

Muhyiddin kemudian membuat kemunculan semula dengan menjadi Presiden BERSATU, yang menjadi komponen pakatan Pakatan Harapan, manakala Shafie pula menerajui Parti Warisan Sabah.

HARAPAN hari ini menjadi kerajaan persekutuan, dengan Muhyiddin memegang jawatan sebagai menteri dalam negeri, sementara Shafie adalah ketua menteri Sabah.

Kerajaan persekutuan baru, diterajui oleh pengerusi dan perdana menteri HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad, telah membuka semula siasatan ke atas 1MDB, manakala Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dihalang daripada meninggalkan negara ini.

Beberapa pegawai kanan kerajaan lain di bawah pentadbiran sebelum ini juga telah dipindahkan atau diarahkan bercuti termasuk dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara.

Dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara esok, Khairy mengakui bahawa BN – sekarang pembangkang – mesti bersiap berdepan kedua-dua mereka.

“Kita perlu bersedia, kita menentang dua gergasi, dua nama besar di dunia politik. Kita perlu memastikan bahawa kita siap sedia.

“Rakyat Malaysia telah memilih dua gergasi untuk memimpin kita, cabaran kami adalah untuk memastikan kami dapat memainkan peranan sebagai pembangkang.

“Saya ibarat semut menentang dua gergasi itu, dan saya perlu memastikan saya dapat berfikir dengan pantas dan bergerak dengan cepat dalam tempoh lima tahun akan datang,” kata Khairy.

Anwar akan dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara lima tahun atas tuduhan liwat, yang menurutnya adalah bermotivasi politik.

sumber : Malaysiakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*