“terima kasih kepada pemandu grab ini, tolong angkat kerusi roda saya, tanpa satu sen pun terima bayaran dari saya”

Dari fb Zamri Mohamed…

Video sekadar hiasan baca artikel penuh dibawah

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pemandu Grab ini yang mengambil saya yang berkerusi roda di Hospital Besar Kuala Lumpur sewaktu hujan lebat & menghantar saya sehingga ke Taman Medan, Petaling Jaya tanpa menerima sebarang bayaran walau 1 sen pon dari saya.

Dengan bersusah payah beliau mengangkat saya masuk kedalam & mengeluarkan saya dari kereta sehingga berpeluh2… Semoga Allah S.W.T. memudahkan perjalanan & memurahkan rezeki beliau sekeluarga… Amin…

Jika anda mempunyai kereta dan kesabaran untuk mengharungi trafik, mungkin tiada masalah. Tetapi jika anda tidak mahu berdepan dengan semua itu dan hanya mahu menggunakan pengangkutan awam yang lebih selamat dan selesa. Ini yang terbaik!

10 Fakta Menarik Tentang Khidmat GrabCar Yang Anda Perlu Tahu

Perkhidmatan seperti GrabCar dan Uber memastikan anda sampai ke destinasi dengan selamat. Jika anda tidak tahu, GrabCar adalah perkhidmatan yang ditawarkan pada aplikasi MyTeksi. Penulis pasti ada yang ramai tidak mengetahuinya, apatah lagi penulis yang baru mengetahui tentang perkhidmatan GrabCar.

Walaupun kedua-dua khidmat ini mempunyai kelebihan yang sama tetapi terdapat beberapa perkara mengenai GrabCar yang memberikan ia satu kelebihan.

1. Caj GrabCar adalah secara kadar tetap

Tambang yang dikira berdasarkan jarak antara pick-up dan drop-off serta anggaran masa perjalanan. Kadar GrabCar memberikan pilihan yang lebih murah berdasarkan trafik.

2. Sebelum anda mengesahkan perjalanan. harga anggaran telah dikira berdasarkan tambang asas, jarak antara kedua-dua dan anggaran masa yang diambil untuk perjalanan jarak. Caj yang ditera sebelum menempah tidak akan menukar walaupun terjebak dalam lalu lintas dan anda tidak perlu bimbang kerana tiada kejutan tambang bila sampai ke destinasi.

3. Menyediakan GrabCar dan GrabCar+, dua perkhidmatan dari MyTeksi. GrabCar (Ekonomi) adalah pengangkutan yang lebih murah untuk kegunaan harian. Perkhidmatan GrabCar ini menggunakan model kereta ekonomi seperti Perodua Myvi, Toyota Vios atau Honda City. Manakala, GrabCar+ pula lebih eksklusif, menggunakan kereta Hyundai Sonata, Toyota Camry atau Honda Accord.

4. Paling menyenangkan apabila menerima pemberitahu status tempahan hanya dalam masa 1 minit. Tidak perlu menunggu lama.

5. Dengan kadar harga tetap, GrabCar menjadikannya salah satu pengangkutan awam yang paling berpatutan di Lembah Klang terutamanya di Bangsar, Mont Kiara, kawasan Hartamas dan pusat bandar KL.

6. Satu lagi perbezaan adalah GrabCar menawarkan perkhidmatan sewa. Jika anda bercadang untuk melakukan road trips sekitar Lembah Klang ataupun ke luar bandar, anda boleh memilih untuk menyewa GrabCar mengikut jam seperti setengah hari ataupun selama 8 jam. Anda boleh lihat di jadual.

7. Penumpang akan menerima maklumat peribadi pemandu (nama, nombor telefon, nombor kereta dan gambar ID).

8. Tiada caj tengah malam.

9. Perkhidmatan GrabCar beroperasi 24 jam sehari sepanjang minggu. Tapi jika tiada GrabCar dekat dengan tempat anda, anda boleh menempah alternative lain seperti teksi badjet atau eksekutif melalui aplikasi sama.

10. Bahagian yang terbaik ialah GrabCar adalah 100% Malaysia.

Aplikasi GrabCar boleh dimuat turun di Android, iOS, dan BlackBerry. Untuk maklumat lanjut, boleh ke Facebook MyTeksi. Kini, terdapat promosi murah sehingga 31% sepanjang bulan Ogos 2015 yang perlu anda semak.

Sumber: fb Zamri Mohamed

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*