“Terima kasih orang ramai dan pasukan bomba, anda dah cuba yang terdaya” Lelaki yang hampir hanyut ini akhirnya…

Sekiranya kita yang tidak tahu berenang terutama jika takutkan air dicampakkan ke kolam renang, memang kita boleh jadi panik seketika. Keadaan sebegitu memang sesuatu yang agak normal. Itu belum lagi hanyut di sungai, tasik, lautan malah dibawa arus deras banjir.

Tidak mustahil jika rasa panik itu berlarutan, kemungkinan bahaya yang menanti tetap ada. Malah, mereka yang pandai berenang sekali pun, usah fikir mereka juga tidak mampu lemas. Pernahkah terbaca kisah orang yang pandai berenang cuba menyelamatkan orang lain, tetapi akhirnya mereka tetap lemas?

Hakikatnya, seseorang yang handal berenang tidak semestinya mampu menyelamatkan orang lain jika dia tiada pengetahuan khususnya teknik yang tepat untuk menyelamatkan dirinya juga orang lain.

Menurut Presiden Akademi Menyelamat Akuatik Putrajaya Abdullah Said, kanak-kanak atau orang dewasa yang pandai berenang tetap mempunyai risiko untuk lemas kerana pelbagai faktor. Antaranya, mereka mengalami masalah kekejangan otot ketika berenang, terkena sengatan haiwan di dalam air atau mereka yang me-ngalami masalah di dalam air tiba-tiba berpaut pada tubuh orang lain yang pandai berenang.

“Orang yang bermasalah di dalam air atau tidak pandai berenang yang cuba diselamatkan orang lain, lazimnya mempunyai kecenderungan untuk berpaut begitu kuat pada si penyelamat. Malah, tenaga mereka mencengkam si penyelamat boleh bertambah berlipat kali ganda akibat ketakutan dan panik.

“Apabila mangsa berpaut dengan kuat, keadaan inilah sebenarnya yang menyukarkan kerja menyelamat malah ada kemungkinan mereka boleh lemas bersama,” katanya.

Lantaran itu, penyelamat perlu mempunyai teknik untuk mempertahan dan melepaskan diri daripada mangsa kerana apa yang penting, penyelamat tidak harus bersentuhan dengan mangsa ketika kerja menyelamat.

Pada masa sama, tahap kejernihan air juga boleh mempengaruhi keadaan seseorang yang memang pandai berenang. Kebiasaannya, air yang keruh boleh mengurangkan keyakinan orang yang pandai berenang. Air tasik juga tidak begitu jernih malah ia mempunyai arus dan tekanan yang berbeza.

Air laut memudahkan kita terapung, namun harus berhati-hati, sama ada air tasik, sungai atau lautan, ia mempunyai kuasa menarik yang tentunya tidak dapat dijangka tahap risikonya.

Sekiranya kita yang berada di darat mahu menyelamatkan mangsa yang sedang terkapai-kapai di air, tidak kira di tasik, sungai, lautan atau ketika dibawa arus banjir sekalipun, kaedah berikut boleh dijadikan panduan:

Menghulur pakaian atau kayu

-Fikir dengan pantas barangan yang ada di sekitar kita atau mudah dicapai. Jika tiada kayu, gunakan pakaian untuk menarik mangsa. Pakaian ini boleh dipintal terlebih dulu, kemudian gunakannya untuk menarik mangsa.

Mencampak tali

-Tali memang sa-ngat berguna. Jadi jika hendak berkelah di tepi pantai atau mandi sungai misalnya, usah lupa membawa tali. Kita hanya perlu mencampakkan tali kepada mangsa dan kemudian menariknya ke daratan.

Menggunakan alat bantuan

-Alat bantuan keselamatan atau juga dikenali sebagai PFD (personal floating devices) ini membantu mangsa untuk terapung misalnya barangan asas seperti botol atau bekas plastik.

Rantaian

-Sekiranya tiada barangan yang boleh digunakan untuk menyelamatkan mangsa, kita juga boleh meminta orang lain yang berada di kawasan berhampiran untuk membuat rantaian manusia sehingga mencapai jarak si mangsa.

kejadian dikatakan berlaku di sungai berhadapan dengan Pertama Complex

Keadaan mangsa yang semakin lemah kerana terpaksa berpaut dalam keadaan air yang deras ternyata amat memenatkan. Terima kasih kepada masyarakat sekeliling yang prihatin tanpa membuang masa terus meluru untuk membantu mangsa. Tidak lama selepas itu bantuan bomba pula sampai. Diharapkan ketika musim tengkujuh sekarang dengan cuaca yang tidak menentu kurangkan atau jauhkan dari aktiviti yang melibatkan sungai atau mana-mana kawasan air besar.

Video dibawah :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*