Terlalu marah kerana dikecam akhirnya Dato’ Vida mahu kejuaraan Aishah ditarik balik dan…

Datuk Seri Vida menegaskan bahawa, dia takkan menggantikan barang kemas yang didakwa bernilai RM 80,000 yang dihadiahkan pada penyanyi Aishah kerana memenangi kejuaraan Gegar Vaganza pada tahun 2017 dengan wang tunai mahupun barang kemas tulen bernilai RM 80,000.

Bercakap kepada mStar Online, Vida bertegas bahawa jika Aishah tidak hendak, dia takkan mendapat apa-apa.

Saya takkan ganti dengan wang tunai mahupun barang kemas bernilai RM80,000.

Saya hanya akan ganti dengan Lavida Coin… ‘you take it or leave it’.Vida juga mendakwa dia tidak perlu menggantikan hadiah itu kerana ia bukanlah hadiah utama kejuaraan Gegar Vaganza, sebaliknya hanya sumbangan ikhlas darinya.

Kenapa saya perlu bagi duit pula kat dia? Lagipun rantai itu saya bagi seikhlas hati.

Kalau dia tak nak Lavida Coin bermakna dia orang paling rugi atas muka bumi ini.

Malah, Vida berpendapat kejuaraan Aishah perlu ditarik balik dan dia hanya layak mendapat tempat kesepuluh dalam pertandingan tersebut.

Saya nak pihak Astro jumpakan saya dengan Aishah sebab hadiah itu bukan ditawarkan kepada juara seperti yang diuar-uarkan.

Saya bagi atas dasar ikhlas dan tiba-tiba dia buat begini pula. Saya mahu nama saya dibersihkan.

Saya mahu kejuaraan dia ditarik balik… dia tak layak dapat nombor satu tapi nombor 10.

Dan dia juga tidak akan meminta maaf dari Aishah kerana dia tidak menipu, mendakwa barangan kemas yang dihadiahkan bukan tiruan.

Buat apa saya nak minta maaf. Saya tak buat apa-apa salah. Lagipun rantai emas putih bertatahkan batu permata itu bukan palsu.

Aishah pernah menerima hadiah barang kemas didakwa bernilai RM 80,000 setelah bergelar juara Gegar Vaganza 2017.

Barangan kemas itu dikatakan ditaja oleh kedai emas milik Vida.

Bagaimanapun, Aishah terkejut apabila pemeriksaan di kedai emas lain baru-baru ini mendapati barang kemas itu palsu dan tidak mempunyai nilai. – beautifulnara.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*